Sambungan dari 

Siri 3 –http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/12/politik-kotakakhirnya-mengkotak-katikan.html

Siri 2 –http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/12/demokrasi-malaysia-umpama-estet-getah.html

Siri 1 –http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/12/demokrasi-estet-getah-2.html

Kita sambung kembali kisah ” Demokrasi Estet Getah Penjajah & Politik Kotak’ yang aku petik dari buku Ahli Politik karya SM ZAKIR…
**************************************
Apa yang dilakukan oleh penjajah Inggeris itu meninggalkan warisan sehingga hari ini.Pemimpin politik peribumi yang mengambilalih kekuasaan daripada penjajah meneruskan sistem warisan penjajah memandangkan ia telah berakar umbi menjadi formula dalam mentadbir sebuah masyarakat KECAMUK (bukan masyarakat majmuk) tinggalan penjajah ini.
Sehingga hari ini sistem politik berasaskan PERKAUMAN dan PERBEZAAN menjadi asas pembentukan negara Malaysia dan sistem demokrasinya.Tidak ada lebih celaka daripada segala-galanya melainkan sistem politik-ekonomi tinggalan penjajah ini.Sehingga hari ini tiada kecerdikan yang dapat memikirkan bagaimana sistem politik-ekonomi tinggalan penjajah dapat diganti dengan sistem yang baru,melainkan kedungguan-kedungguan elit politik peribumi untuk meneruskan warisannya.Pertamanya,bidang ekonomi moden yang ditinggalkan oleh penjajah memerlukan sistem yang sama untuk meneruskan kelangsungannya.Kedua,masyarakat kecamuk yang ditinggalkan penjajah juga memerlukan sistem yang sama untuk mentadbirnya.Dan ketiga,pemimpin pemimpin politik peribumi yang diisi kepalanya dengan doktrin penjajah memerlukan sistem yang sama untuk menghidupkan kuasa politik mereka.Maka itu sehingga hari ini,masyarakat berkotak kotak berasaskan kaum yang saling curiga mencurigai dan berjuang untuk kaum masing masing terus wujud;dan menunggu untuk dimainkan sentimen perkauman dan agama demi kepentingan kuasa politik ahli ahli politik.
Dan tiada yang lebih dunggu daripada menyenakkan kepala dan berlagak menjadi ahli sains politik yang menceritakan segala TEORI BODOH tentang politik dan sistemnya.Maka para bijak pandai yang kononnya penganalisis politik itupun bercakap bercakap bercakap tidak henti henti.Oleh kerana mereka bercakap dan bercakap,akhirnya mereka tidak tahu lagi macamana hendak menggunakan tangan kaki dan anggota fizikal yang ada dibadan mereka untuk bekerja.Kerja yang mereka tahu hanyalah bercakap.
Masyarakat kita ada hari ini adalah masyarakat yang CAIR.Bukan masyarakat yang kental.Hubungan antara masyarakat kita amat CAIR.Hubungan dibentuk dari kotak kotak kaum.Maka itu ia sebenarnya hanya mengwujudkan hubungan antara kaum yang palsu.Sebenarnya kita wujud sebagai masyarakat yang hidup dan bergerak sejajar tapi tidak bersama.Melayu paling besar jumlahnya,menjadi penduduk majoriti dan asas masyarakat Malaysia kerana orang Melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu ini.Tapi malangnya mereka kebanyakannya adalah PEMILIK KEMISKINAN dan KEGELAPAN.Mereka mempunyai pemimpin pemimpin dari bangsa mereka yang berkuasa tetapi lebih banyak menggunakan kuasa untuk memperjuangkan kepentingan kuasa politik lebih dari memperjuangkan kesejahteraan bangsa mereka,orang Melayu.50 tahun Umno memerintah,bangsa Melayu lebih banyak digiunakan untuk menaikan sentimen Melayu bagi mendapatkan pulangan undi,kuasa dan kekayaan melalui jalan paling mudah.
Kaum Cina datang sebagai PELARIAN EKONOMI pada zaman penjajah Inggeris,muncul mengambil alih kuasa ekonomi daripada tangan Inggeris dan menjadi kaum yang MENGUASAI ekonomi Malaysia.Kaum Cina menguasai bandar-bandar melalui kependudukan mereka sementara bangsa Melayu memadati kampung kampung dan pinggir bandar yang lebih rendah kos hidupnya.Kaum India,juga datang sebagai pelarian ekonomi pada zaman penjajah Inggeris dan kini menempati kawasan kawasan sejarah kolonial Inggeris.Masyarakat berbeza kaum ini dibentuk dengan meletakkan mereka dalam kotak kotak kaum masing masing dan dari situ budaya,ekonomi dan politik DICATURKAN.Kotak kotak kaum ini ditandakan pertama dengan sifat kepercayaan dan agama.Keduanya dengan sifat ekonomi dan sifat politik.Ketiganya dengan sistem pendidikan VERNAKULAR sekolah kebangsaan,sekolah Cina dan sekolah Tamil.Keempatnya dengan budaya kaum dan bangsa.Kelimanya dengan psikologi yang memandang asing antara satu sama lain.Kotak kotak kaum ini mengwujudkan hubungan yang palsu antara masyarakat.Selebihnya masing masing berhubung atas hubungan ekonomi dan desakan keperluan menjaga kepentingan masing masing.
Tidak ada hubungan iklas dan tulus diatas semangat negara sebenarnya.Bahkan tidak ada KEBANGSAAN sebenarnya.Yang ada ialah kebangsaan yang palsu.Kerana itu apabila Lagu Kebangsaan dihina,tiada yang marah.Bendera Kebangsaan dibakar,tiada juga yang marah.Kerana kebangsaan yang ada hanyalah kebangsaan yang berada dalam kotak kaum masing masing.Inilah bentuk hubungan kaum yang terbina di Malaysia.Warisan dari penjajah Inggeris.Hubungan yang dibina oleh politik penjajah Inggeris inilah yang menjadi formula hubungan antara kaum sehingga hari ini.
Ahli politik menjaga bentuk dan hubungan ini kerana ia mempunyai ruang ruang kepentingan politik.Pertamanya sentimen perkauman mudah dimainkan demi menjaga kepentingan ahli politik ini.Keduanya kata-kata mempertahankan bangsa  dapat digunakan menjadi benteng penyelamat kepada penyelewengan,rasuah dan kezaliman yang dilakukan ahli politik.Ketiganya kotak kotak kaum dapat digunakan sebagai pengukur untuk membahagikan kekayaan dan kuasa antara ahli politik yang berkuasa.Hubungan PALSU antara ahli politik pelbagai kaum kerana kepentingan kuasa dan harta,menjalar mengalir kedalam masyarakat dan membentuk hubungan palsu antara masyarakat dalam kepentingan kotak masing masing.Suasana ini secara semulajadi mengwujudkan KETAKUTAN terhadap MUSUH MUSUH KHAYALAN yang terdiri daripada jiran jiran mereka kaum yang berbeza.Maka rupa masyarakat Malaysia  ini ialah saperti rupa dan sifat sebuah sungai keruh yang permukaannya tampak tenang tetapi dibawahnya air mengalir deras dan ganas menunggu untuk meledak bila bila masa.
…..BERSAMBUNG