Pembohongan demi pembohongan yang dilakukan dua makhluk ini sejak 5 tahun lalu terhadap aku dan ramai lagi yang dinafikan HAK kami.Maki hamun sumpah seranah tak usah cakaplah,dah berbakul-bakul aku hamburkan terutamanya terhadap Paklah.Siapa yang mengikuti kewujudan blog ini dari awal lagi pastinya tahu yang perkataan “haramja…” merupakan tagline aku bila memaki hamun Paklah.

Pejam celik pejam celik rupanya dah lima tahun aku dan kawan kawan dilagukan irama syahdu puisi tidak berkesudahan…yang terakhir sekali hari ini 27hb Disember.Tapi macam juga ratusan kali  tarikh yang pernah diberi dan ratusan kali pembohongan yang pernah dilakukan..hari ini tidak banyak bezanya…

BOHONG TETAP BOHONG!

Cuma kali ini…

Aku taklah berharap sangat saperti sebelumnya dan tahap kepercayaan aku kepada JANJI @NajibRazak dan Paklah kali ini berada -10 darjah dibawah paras beku.Jadi bila hari ini tak jadi juga saperti janji janji mereka sebelumnya aku tidaklah kecewa sangat.Aku masih boleh ketandas untuk kencing dan berak dan tidaklah mengalami sembelit.

Lagipun…dah setahun aku berhenti memaki hamun Paklah jadi aku tidak berhajat untuk mengotorkan lidah aku dengan makian dan cacian terhadap makhluk “MUNAFIK TEGAR” macam Paklah dan @NajibRazak ini.Buat kotor lidah aku saja…

Cuma…

Aku kini lebih kesian dari marah kat makhluk 2 ekur ini bila yang nak dipertahankan mereka adalah harta dunia yang bakal mereka tinggalkan bila wisel ditiup kelak sebagai tanda game over untuk mereka berdua.Harta samunan ratusan juta HAK aku dan kawan kawan takkan boleh mereka berdua bawa masuk kedalam lubang kubur bila mendapat perintah untuk pulang untuk diperhitungkan amalan mereka didunia ini kelak.Yang mampu mereka bawa bersama kelak hanyalah kain kapan tak berjahit bersama saki baki NAJIS yang mungkin masih berada didalam usus besar mereka yang mungkin gagal dikeluarkan ketika dimandikan untuk kali terakhir.

Jadi korang simpan sajalah HAK KAMI itu yang tiada gunanya pada korang berdua atau KAMI bila kita sama sama menghadap Maha Pencipta kita Allah Rabbul Jalil kelak….dan kita sambung perhitungan didunia ini disana kelak….Kah Kah Kah.

AKU KASIHAN BETUL KAT KORANG BERDUA….KESIAN…HUHUHU