Kebelakangan ini timbul desas desus tentang wujudnya pertentangan antara kem @NajibRazak dan kem Muhyiddin dalam penentuan dan pengekalan kuasa Perdana Menteri.Desas desus yang mula mula sekali dimainkan oleh media pro pembangkang dan dikatakan sebagai khabar angin untuk mencetus pergeseran didalam Umno kini sudah mula diulas beberapa media pro kerajaan dan menjadi perbualan dimana saja orang politik berkumpul,ianya rahsia yang bukan lagi rahsia.

Kemunculan beberapa individu saperti bekas Ketua Polis Negara TS Musa Hassan dan Deepak yang menyerang kepimpinan dan peribadi @NajibRazak disaat saat kritikal dan dengan begitu lantang sekali dikatakan ‘didalangi” oleh individu individu tertentu yang begitu BERKUASA dalam Umno dan BERKUASA dibelakang tabir kepimpinan tertinggi Umno hari ini.Sehinggakan ada ura ura yang mengatakan mereka mahu @NajibRazak melepaskan jawatan Perdana Menterinya sebelum berlangsungnya PRU13 ini.

Aku dah beberapa kali menyatakan dalam beberapa artikel sebelum ini bahawa “Najib is a loner” dalam hal percaturan kuasa tertinggi ini dan ditambah dengan liabiliti yang turut disumbang oleh isterinya yang “teramat popular” itu dan adiknya Nazir(dua karektor yang mengganti karektor Paklah &KJ sebelum pru 2008),hanya masa sahaja yang akan menentukan bila @NajibRazak akan mengikut jejak langkah Paklah tersungkur dikaki tahta yang didudukinya sekarang ini JIKA sesuatu yang STRATEGIK dan BETUL tidak dilakukan segera.

Pada aku @NajibRazak menghadapi situasi “DO OR DIE MISSION”.Macam kata Deepak,“Diam pun mati bising pun mati..lebih baik mati bising…”.Kah kah kah..

Jadi @NajibRazak MESTI melakukan sesuatu yang strategik dan betul dalam menangani “musuh” dia baik dari luar mahupun dari dalam Umno sendiri dan pentas PRU13 adalah pentasnya.”Play Safe” yang menjadi amalan @NajibRazak dari mula terlibat dengan politik sehinggalah menjawat jawatan tertinggi kerajaan sudah tidak boleh digunakan lagi dalam saaat saat kritikal saperti ini.@NajibRazak mesti berani mengatur langkah pencaknya dan menghunus senjata yang selama ini hanya tersisip dipinggangnya sebagai perhiasan sahaja.

DO OR DIE…Bro Najib and there’s no any other choice…

Pertama yang mesti dilakukan @NajibRazak ialah dengan meletakan 90% muka muka baru yang dah dikenal tapi belum lagi terpalit dengan VIRUS RASUAH DAN KRONINISMA disetiap kerusi Dun dan Parlimen yang bakal ditandingi Umno dalam PRU 13 nanti sebagai calun.

SABOTAJ ???

Pergi jahanamlah Warlord atau Drop-Out Umno mana yang nak sabotaj lu bro..itu dah PASTI akan  mereka lakukan sama ada lu ikut “CAI” diaorang ataupun lu tak ikut…ingat kata-kata Deepak “Diam pun mati bising pun mati”,jadi apa barang mahu takut sama ancaman dan gertakan diaorang bro?Waima semua Bilik Gerakan Barisan Nasional seluruh negara disabotaj dan ditutup MEREKA sekalipun apa ada hal bro?Apa selama ini bilik gerakan ke yang menentukan menang atau kalah BN dalam pilihanraya?

Lu masih ada MEDIA(baru,eletronik dan cetak) berbagai platform untuk berkempen andaikata semua jentera bilik gerakan BN MENSABOTAJ atas arahan warlord warlord Umno yang tidak berpuas hati.BUDGET yang patut disalurkan kepada bilik gerakan untuk tujuan kempen pilihanraya bolehlah lu salurkan kepada MEDIA sebagai alternatif bagi tujuan yang sama.

LU RAYULAH…LU PUJUKLAH…DAN LU YAKINKAN LAH…melalui media.

Para pengundi tua muda lelaki wanita yang ada hari ini agar memahami niat dan tujuan lu benar benar iklas ingin melakukan TRANFORMASI lanskap politik Umno khasnya dan negara amnya dan lu BERANI melakukan kerja gila tranformasi ini disaat saat kritikal yang mana TIADA pemimpin didunia ini yang akan BERANI MELAKUKANNYA untuk tidak mengambil RISIKO kehilangan KUASA.

Aku yakin rakyat dan para pengundi akan faham dan akan bersama MEMBERI SOKONGAN kepada @NajibRazak secara peribadi bila melihat KEBERANIAN lu bro.Segala keburukan dan kesilapan yang pernah lu atau keluarga lu lakukan sebelum ini akan mudah DIMAAFKAN dan DILUPAKAN bila melihat keiklasan,keazaman dan keberanian lu mengambil risiko cuba mengubah dan menghapuskan PARASIT PARASIT DALAM UMNO yang dah 55 tahun memamah keringat rakyat walaupun lu pun dari spesis PARASIT yang sama,tapi rakyat akan melihat lu sebagai PARASIT INSAF yang dah bertaubat.Amacam…cantik tak saranan aku ini?

Lu tak ada pilihan bro…

Daripada menyerahkan UNTUNG NASIB lu ditangan “para pencatur kuasa” yang ada dalam Umno hari ini apakata lu sendiri tentukan halatuju dan untung nasib lu sendiri bro?What you’ve got to lose?  

Bayangkan kemenangan 2/3 Barisan Nasional PRU13 nanti dengan 90% Wakil Dun dan Wakil Parlimen orang orang lu belaka bro?

Macam mimpi basah bro….

Tapi kalau lu masih tak ada KEBERANIAN dan nak “playsafe” macam selalu..lu sebenarnya sedang menghitung hari nak pakai title MANTAN je bro macam Paklah.

FIKIR FIKIRKAN….

P/S : Nanti gua hantar invoice untuk “khidmat nasihat” ini kepejabat lu bro.Kalau Anwar Ibrahim dapat gaji RM1 sebagai Penasihat Ekonomi Selangor,gua tak mintak banyak.Lu bagi gua lebih seposen pun takpe…RM1.10.

MERA NAAM JOKER