Aku tertarik dengan artikel Syed Akhbar Ali bertajuk Winnable Candidates : Beware The Bloggers yang WAJIB diambil perhatian oleh semua tok nenek PUNASIHAT Perdana Menteri termasuk @NajibRazak sendiri.
Cuma Tuan Syed kita taklah menyenaraikan nama nama spesis hampir pupus Jurrasic Park ini dalam artikel beliau,jadi aku buka ruang untuk anda pembaca semua menyenaraikan siapa juga yang anda rasa Adun atau Ahli Parlimen yang termasuk dalam senarai yang dah tidak boleh di KITAR SEMULA lagi untuk PRU13 nanti.
Sebagai permulaan,aku mulakan dengan wajah wajah BERPANGKAH dalam senarai Menteri Kabinet diatas.Anda bebas menamakan siapa saja tapi jangan sesekali mengambil kesempatan memaki hamun mereka diruang komen kerana pastinya tidak akan aku siarkan.
Diakhir nanti kita akan senaraikan mereka semua dalam satu senarai dan hantar kepada @NajibRazak sebagai “SENARAI TEMPAH MAUT”.