Masa isu Deepak mula mula meletop menjelang PAU2012 lalu seorang blogger tersohor menalipun dan bertanyakan pendapat aku tentang isu ini.Aku jawap ringkas dengan teori aku sendiri…

“DEEPAK KERJA UNTUK ROSMAH MANSUR”

Dia agak terkejut dengan teori aku itu tapi tidak menidakkan “kemungkinan” ianya boleh berlaku.Aku bagitau dia yang Deepak “sengaja membunuh diri”(dengan pendedahan terbarunya) dan sengaja merosakan kredibiliti dirinya sendiri demi matlamat akhir untuk membersihkan nama @NajibRazak dan Rosmah Mansur yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya once and for all.

Lepas tu beriya iya Zahid Hamidi kononnya akan menjawap dan membersihkan nama @NajibRazak berhubung “pendedahan” Deepak itu didalam ucapan penggulungannya dihari terakhir perhimpunan…tapi habuk pun tarakkk.Mungkin Zahid Hamidi rasa dia ada “barang lebih baik” dalam bentuk “video curi-rakam”(iya ke dirakam curi..atau?) yang kononnya mengaitkan Anwar Ibrahim memberi arahan kepada Deepak untuk memfitnah Perdana Menteri dan isterinya.Sikit lebih-kurang aku tahu jugaklah pasal “rakaman” video tu dilakukan dimana dan individu individu yang terlibat,tapi biarlah Deepak story sendiri bab itu.

Sejak semalam hebuh pasal urusniaga yang melibatkan pembelian 80% saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dalam masa yang sama tuntutan mahkamah Deepak terhadap Awan Megah (M) Sdn Bhd, milik Ketua Wanita Umno Selangor,Senator Raja Ropiaah Abdullah, telah ditarik balik tanpa sebab.

KEBETULAN ???

Berapa peratuskah agaknya KEBARANGKALIAN dua perkara besar ini boleh berlaku serentak secara KEBETULAN?

Baca apakata  Rafizi Ramli berhubung perkembangan terbaru ini DISINI dan apa yang bakal diterjah dan dibongkar Rafizi seterusnya nanti.

THE SMELL OF RAT IS GETTING STINKER BY DAY…