Kredit Gambar : Apanama dan The Mole
Bunglow mewah di Puncak Setiawangsa ini dari depan kelihatan saperti rumah biasa seolah olah tiada apa yang pelik berlaku,tapi hakikatnya,apa yang anda dapat lihat saperti gambar dibawah.Semuanya hancur dikaki bukit dan sudah tidak bernilai lagi.Pastinya pemilik bunglow mewah ini suatu waktu dulu sebelum musibah menimpa amat berbangga dengan bunglow ini yang terletak dipuncak bukit Setiawangsa dan tidak pernah bermimpi bahawa suatu hari kelak ianya akan hanya menjadi sisa buangan ditempat perlupusan sampah.
Bukan ingin menambah penderitaan yang sedang ditanggung oleh pemilik bunglow malang ini dan keluarganya akibat musibah yang menimpa mereka tetapi sekadar ingin mengingatkan kita semua terutamanya diri AKU sendiri tentang betapa mudahnya roda yang berada diatas berputar kebawah hanya dengan Kun Faya Kun Allah SWT.
Sama ada suratan atau kebetulan,aku melalui Lebuhraya DUKE sebelah siangnya dalam perjalanan pulang dari Sungei Buloh ke Bkt Antarabangsa sambil sahabat aku memandu.Melintasi Taman Setiawangsa aku memandang bunglow diatas dari DUKE sambil bertanyakan sahabat aku yang memandu ketika itu,”Om kau ingat musim musim hujan macam ini owner rumah kat puncak tu tak risau ke..?”.Soalan aku tidak dijawap Om kerana sibuk dengan phone dia yang sedang berbunyi dan by the time dia bertanya kembali kami sudah pun memasuki MR2,jadi aku pun tak kuasa mengulangi soalan yang sama.
Malamnya Rocky KCD ketika kami bertemu memberitahu aku berita tentang tanah runtuh di Puncak Setiawangsa.Aku terbayangkan bunglow puncak bukit yang aku lihat siang tadi tapi tidak pula bertanya lanjut mengenainya kerana sibuk berbual dengan beberapa teman yang dah lama tak aku temui.Hanya pagi tadi bila melayari internet aku terlihat imej diatas,dan ungkapan pertama yang terpacul dari bibirku ialah Subhanallah…
Pengalaman usaha aku menyelamat dan membantu mangsa Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa 26 Disember 2008 kembali menghantui fikiranku.Empat belas buah bunglow dan wajah wajah penghuninya yang menjadi mangsa musibah itu kembali bermain difikiranku seketika.Wajah wajah golongan elit yang tidak pernah aku kenali sebelum tragedi tersebut kerana mereka tidak makan dan minum bersepah kat kedai mamak di Bukit Antarabangsa selama aku tinggal disini.
Tapi dihari kejadian tanah runtuh itu aku melihat wajah wajah kehilangan punca “manusia manusia elit” ini yang kelihatan bingong lebih dari orang bengong bila semua kemegahan yang mereka miliki selama ini hilang secara tiba tiba.Tambah teruk mereka yang kehilangan anggota keluarga yang tersayang dalam tragedi itu.Mangsa mangsa terbaru Tragedi Puncak Setiawangsa aku kira tidak banyak bezanya dengan “mangsa mangsa elit” Tragedi Bukit Antarabangsa kerana mereka semestinya adalah golongan elit ahli perniagaan atau ahli politik yang mendiami puncak eksklusif ini.Nama nama besar saperti Datuk Jamaludin Jarjis dan Datuk Zul Hasnan Rafique telah diwawarkan dalam berita sebagai sebahagian penghuni elitis puncak ekslusif ini dan aku pasti ada ramai lagi golongan elitis ini yang terlibat dari 88 keluarga yang terlibat.
Jadi ini sebagai peringatan kepada golongan elitis ini walau dimana anda berada…langit tidak selalu cerah dan roda tidak akan senantiasa berada diatas.Insafkan diri anda semua ketika mendongak kelangit akan rumput yang anda pijak dibawah tapak kaki anda semua.
ANDA MERANCANG TETAPI ALLAH TAALA ADA PERANCANGAN NYA SENDIRI..
WaAllahu’alam.
Lagi gambar gambar di Apanama dan The Mole