Sesekali aku nak gak masuk lif tekan button sendiri dan naik sendiri.Nak tunggu orang tolong angkat bakul aku atau tolong tekan button aku pakai tak adalah.Yang nak kasi aku mati ramai lah…ha ha ha.

Okay.Memang aku selalu menganalisa blog aku sendiri dari masa kesemasa untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan tulisan dan artikel yang aku paparkan diblog ini dan siapakah majoriti pembaca yang singgah diblog aku ini dan berapa lama mereka merayau dalam blog aku dan apa yang dibaca mereka selama ini.

Kalau aku dapat jenis pembaca budak budak bawah umur yang ramai masuk nak tenguk gambar 18SX atau nak baca kisah 18SX rasanya dah lama aku tutup blog ini.Tapi alhamdulillah saperti yang anda lihat sendiri golongan pembaca dan waktu yang mereka habiskan membaca artikel aku yang buat aku bersemangat untuk terus memperbaiki mutu artikel dalam blog ini dari masa kesemasa.Kalau aku boleh menang hidung jika bertanding dengan Malaysiakini dan Malaysianinsider dalam Time On Site pun dah kira oklah tu…

Walaupun sewaktu kuat menyokong Umno dulu mereka buat tak peduli dengan “pengaruh” yang mungkin ada pada aku,tapi hari ini setelah mengisytiharkan diri aku BLOGGER BEBAS TIDAK MEMIHAK blog aku lebih mudah diterima oleh pembaca dengan pendekatan TIBAI siapa saja jika tak kena pada pandangan aku.Sudah pasti fokus aku lebih kepada mereka yang memegang kuasa hari ini daripada mereka yang bercadang nak merampas kuasa.Jadi kepada pemimpin yang sedang berkuasa janganlah ambil hati sangat…he he.
P/S : Pada aku Ranking No.1 atau tidak taklah penting sangat sekarang ini.Kerana yang penting sejauh mana penerimaan pembaca terhadap apa yang cuba kita sampaikan.Kalau setakat nak kejar ranking tampal gambar 18SX takde makna pun.Tapi kalau itu KPI Umno dalam menilai bloggers mereka aku hanya boleh senyum saja lah…

Kira cerdik tak boleh diajar lah tu…