KUALA LUMPUR, Dec 29 – MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek today condemned the behaviour of pro-Umno bloggers who he claimed were only interested in “scoops and spinning” rather than helping out his party.

Dr Chua had blamed the pro-Umno blogger who published his remarks against former president Datuk Seri Ong Tee Keat for starting the public tiff between the two, claiming that the chat had been behind closed doors

“They obviously do not honour what was discussed … It was a closed door interaction to talk about MCA’s preparation for general election,” Dr Chua (picture) explained in a press conference here.
“It was just a chit-chat, some of (my remarks) were in a joking form … So obviously they have no reporting ethics.”

“I would like to condemn their behaviour, and the fact that they broke that promise,” Dr Chua added, referring to the bloggers’ pledge to not publish any of his remarks that was made in a friendly manner.

CSLhungParliament

Sebenarnya dah lama aku perhatikan sindrom “syok sendiri” dikalangan bloggers pro-Umno ini.Bloggers pro-Umno kebanyakan nya berblog hanya untuk Umno dan lebih teruk lagi berblog untuk PEMIMPIN UMNO yang tertentu kerana dah jadi HAMBA ABDI pemimpin ini sebab dah kena BAYAR.Ini bukan lagi RAHSIA kerana semua bloggers pro-Umno tahu siapa dibayar oleh pemimpin mana dan kenapa sesetengah bloggers bermati-matian mempertahankan seseorang pemimpin walau seharamjadah mana sekalipun perangai pemimpin pemimpin ini.

Inilah puncanya selama ini berlakunya PERGESERAN dan PERTENTANGAN sesama sendiri dan cubaan bunuh membunuh diantara kumpulan kumpulan bloggers pro-Umno sehinggakan Unit Media Baru PPUM dari sayap Pemudanya pun turut menjadi mangsa pertelingkahan ini hanya kerana ada kumpulan tertentu sudah merasa terlalu berkuasa bila mereka DISOKONG oleh sesetengah PEMIMPIN UMNO secara senyap atau secara terbuka dengan DANA yang melimpah ruah.Bahkan DANA yang memang diperuntukan oleh Umno sendiri untuk tujuan ini kepada kumpulan yang memang diwujudkan untuk berjuang dialam siber pun mahu direbut mereka dengan melakukan berbagai serangan sesama sendiri.

Jadi bila matlamat merebut segala macam dana menjadi keutamaan dan untuk mencapai matlamat ini semua kumpulan atau individu bloggers pro-Umno terpaksa membuktikan KEHEBATAN mereka masing masing dimata pemimpin Umno dan ditambah dengan kerja tambahan bunuh membunuh karektor sesama sendiri yang berlaku secara senyap atau terbuka…mana ada masa diaorang nak fikir hal lain atau nak ambil tahu tentang sentimen komponen parti Barisan Nasional.

Bila ada kenyataan yang agak menongkah arus datang dari pemimpin parti komponen sama ada sengaja atau tidak disengajakan mereka dah tak reti nak buat “damage control” untuk mengimbangi kenyataan rakan kongsi Umno ini sebaliknya berlumba lumba untuk menunjukan kepada Umno dan pemimpinnya siapa yang lebih dulu kehadapan “membela” atau “menyanggah” kenyataan ini tanpa memikirkan tindakan mereka ini hanyalah menyumbang kepada gerakkerja trooper pembangkang.

Jadi bila dah kerja mereka asyik nak membalun rakan kongsi sendiri demi dilihat hebat dikalangan Pemimpin Umno dan ahli ahlinya maka mana ada masa nak promo aktiviti dan program yang dilakukan parti komponen MCA,MIC,Gerakan dan parti parti serpihan yang lebih kecil.Saban waktu masing masing asyik MEMBONTOTI pemimpin pemimpin favourite atau “TUAN” masing masing dengan segala macam program syok sendiri yang menghiasi blog masing masing.Seolah olah yang nak bertanding PRU13 nanti hanya parti Umno sahaja dan parti parti komponen lain tidak penting untuk dipromo atau dibela bila diserang pembangkang.

Apa mereka fikir cukup dengan Umno sahaja Putrajaya dapat dipertahankan ?

Inilah PENYAKIT yang membelenggu pemikiran kebanyakan bloggers pro-Umno yang buat aku bosan bersama mereka dan mengambil keputusan untuk menjadi blogger bebas tidak memihak.

Baca juga apa yang Bujai ulas dalam isu yang sama DISINI

Nota : Teringat aku bila dibawa berjalan jalan oleh seorang blogger tersohor Pakatan Rakyat semasa di Kota Bharu baru baru ini.Dia datang ambik aku kat hotel dengan kereta Laser S zaman tok adam.Pintu kena hentak kuat kuat baru boleh rapat,nak buka pintu pun kena tarik kuat kuat baru terbuka.Hentak punya hentak tarek punya tarek selama aku dengan dia akhirnya handle pintu dia tercabut dan kami sama sama ketawa terbahak bahak…

Aku jadi INSAF melihat gaya hidup blogger sorang ini.Aku rasa kalau dia jadi blogger pro-Umno dan dengan gerakkerja dan status dia sekarang ini dah pasti dia akan hidup senang lenang dimandikan duit.Tapi dia memilih untuk berjuang atas kepercayaan dia LillahiTaala..

Balik kebilik aku termenung…

Itulah bezanya troopers Pakatan Rakyat jika dibandingkan dengan troopers pro-BN/Umno.

Adalah yang perangai macam troopers Umno gila duit,tapi bilangan mereka amat kecil.Selebihnya berjuang kerana Allah Taala…

ADA BRAN?