Semua calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bebas rasuah dan jenayah, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Memanglah BEBAS rasuah dan tak ada rekod jenayah sebab belum pernah kena tangkap dan tak pernah kena dakwa lagi sebelum ini.
TAPI…
Adakah calun calun ini “benar benar bebas rasuah” dalam ertikata sebenar BEBAS RASUAH.Maksudnya mereka ini bukan ahli politik sepenuh masa yang tidak ada kerja tetapi hidup mewah dalam rumah bunglow umpama istana.punya kereta mewah berderet deret dan punya wang dalam bank berjuta juta.
Kalau takrif Ku Nan bebas rasuah sebab belum pernah kena tangkap dan kena dakwa tetapi kaya raya sebab mereka sebelum ini jadi kroni Tun Mahathir ke…Paklah ke…@NajibRazak ke..atau Muhyiddin ke…itu bebas rasuah KEPALA TOYA namanya.
Jadi kita nak tenguk calun yang bukan sahaja kelihatan bersih tapi bersih sebenar benarnya bersih dalam ertikata bersih yang sebenar.Ungku lu ada faham ke gua story ini ?
Kalau setakat ‘bebas rasuah”…
Nor Mohamed Yackob…Nazri Aziz…Khairy Jamaluddin…ISA SAMAD…MOHD ALI RUSTAM…Abdullah Badawi…Nazir Razak….Kamaluddin Abdullah Badawi…Mokhzani Tun Mahathir…dan hampir semua spesis macam nama yang aku sebut kat atas…semua mereka “BEBAS RASUAH”…tapi betul betul bebas ke ?
Jadi Ku tolong buat kenyataan bengong macam ini kat budak budak Tadika Kemas kat Putrajaya sana mungkin diaorang boleh percaya !!!
Ptuihhhh !