Tapak tragedi 26 Dis 2008 Bukit Antarabangsa yang masih kosong tidak
dibangunkan semula oleh pemiliknya mungkin atas sebab kengkangan kewangan.

Aku menerima khabar dari “sumber sumber yang tidak boleh dipercayai” tapi kena jugak percaya yang konon nya Zulhasnan Rafique dan JJ akan diberi “pampasan” oleh kerajaan kerana mereka bersetuju “MENGORBANKAN” bunglow mewah mereka demi mengwujudkan ‘zon pemampan” agar rumah rumah lain dibawah sana yang belum lagi terlibat tidak terlibat sama dalam tragedi “bawaan” mereka.Aku kata “mengorbankan ” kepala toya jadah apa rumah yang kini dah diklasifikasikan sebagai “tidak selamat diduduki” apatahlagi terdengar pula ura ura yang mereka akan diberikan “PAMPASAN” sepatutnya oleh kerajaan atas “khidmat bakti” mereka yang rela mengorbankan rumah mereka.

Ptuihh !! kalau benar..

Jangan hanya kerana mereka dua ekur ini KRONI maka nasib mereka berdua terbela serta merta oleh kerajaan.Aku dikhabarkan TUNTUTAN mereka (kalau benarlah) untuk pengorbanan kepala toya itu melebehi nilai harta yang sebenar dan sedang ditimbangkan oleh Kementerian Kewangan dan menterinya @NajibRazak untuk diluluskan.Benar kah?

Kalau itulah yang sedang dilakukan Kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan menterinya @NajibRazak aku hanya ada satu je nak kata kat korang semua…MEMANG SAH KORANG SEMUA INI PENYAMUN!

Tapi aku harap ini hanyalah “khabar angin” dan sememangnya Datuk Zulhasnan dan Datuk Jamaluddin Jarjis memang sanggup berkorban apa saja,harta atau pun nyawa demi rakyat 1Malaysia..ptuihhh!Tapi andaikata memang ada agenda kerajaan untuk tidak rela merugikan mereka melalui PAMPASAN aku tidak hanya akan berdiam diri dan akan terus mengikuti perkembangan isu sini sampai bila bila.

Mesti diingat kalau “pampasan” ini akan dilakukan melalui Kementerian Kewangan walau sesulit mana ianya bakal dilakukan tiada cara ianya dapat disorok dari pengetahuan umum kerana pastinya ramai kakitangan dalam Kementerian Kewangan sendiri yang tak pro kerajaan akan membocorkan apa jua dokumen berkaitan kepada pihak pihak tertentu terutama bloggers haramjadah macam aku ini.Aku pasti dokumen sebegini akan singgah di inbox aku sapertimana banyak dokumen sulit yang pernah singgah di inbox aku sebelum ini.Kecuali @NajibRazak sendiri nak seluk poket dia sendiri nak tolong kawan kawan itu kira hal lain lah…

Jadi kepada Menteri Kewangan @NajibRazak jangan mengada mengada !!!!

Pemilik pemilik yang “korbankan” rumah mereka sehingga kini tak
mampu membina semula?Kenapa..?
Satu satunya tapak yang dibangunkan semula,itupun oleh 
pemilik yang baru.

* Gambar gambar bekas tapak Tragedi 2008 yang sempat aku rakamkan pagi tadi.

Kalau kerajaan perihatin sangat kenapa sampai sekarang “rumah rumah yang terpaksa dikorbankan” semasa Tragedi Tanah Runtuh Bkt Antarabangsa 2008 tidak diberi layanan yang sama dari segi pampasan?Sehingga hari ini selepas 4 tahun,pemilik pemilik masih gagal membina semula rumah mereka kecuali sebuah yang dalam proses pembinaan kerana telah dijual tapaknya kepada pemilik yang baru.

Jadi aku menanti LANGKAH SUMBANG korang yang selanjutnya…

Baca apa sahabat aku C++ kata pulak DISINI

P/S : Aku kalau korang nak bela ORANG KAYA tujuh keturunan tak habis makan memang aku tentang habis habisan.Tapi kalau mangsanya memang rakyat susah..korang bagilah pampasan,sepuluh kali ganda pun no hal pada aku…