Uztaz sekarang dah tak perlu nak kumat kamit dengan ayat ayat AlQuran,Sunah atau Hadith untuk dihormati.Tenguk saja gaya Uztaz Azhar Idrus yang mengimprovised pendekatan beliau dalam menjalankan kerja dakwah beliau terhadap golongan sasar.

Tentunya penentang parti Pas(penyokong Umno lah) akan mencebek bibir dengan pendekatan Uztaz Azhar ini dan melontar macam macam cemuhan atas sebab sebab politik mereka,tapi jom tanya diri kita semua apakah pendekatan cara Uztaz Azhar selama ini tidak berjaya membawa anak anak muda berkumpul dalam angka puluhan malahan ratusan ribu untuk menyambut Ambang Tahun Baru dengan cara yang agak berlainan dari yang biasanya?Tidak perlu ada konsert atau tembakan bunga api…

Tidak berjaya kah beliau?

Tepuk dada tanya iman…