Kenangan aku bergambar dengan Kanang tahun lepas
ketika terserempak dengan mendiang di Cravencafe

Hari ini negara kehilangan seorang PAHLAWAN NEGARA Kanang Anak Langkau bila beliau pergi meninggalkan kita  pagi tadi 3/1/2013.

Aku berkesempatan berbual dengan mendiang tahun lepas bila beliau singgah di Cravencafe bertemu seorang produser yang bakal memilemkan pengalaman beliau betempur dengan gerombolan komunis sepanjang karier beliau sebagai tentera.Itu bukanlah pertemuan pertama aku dengan mendiang kerana semasa masih dibangku sekolah menengah di St.John’s Institution aku yang aktif dalam Cadet Corps pernah dilatih beliau yang sewaktu itu bersama Regimen 2 Renjer Kem Wardieburn,Setapak.

Walaupun telah bersara dan meniti usia mendiang tetap bersemangat bila bercerita tentang pengalaman beliau kepada aku semasa pertemuan terakhir kami itu.Bila aku tanya mendiang tentang sikap masyarakat Malaysia hari ini dan generasi muda yang ada hari ini,beliau tidak memberi jawapan tapi aku melihat airmata mendiang bergenang dikelopak mata sambil mendiang mengesatnya.Belum sempat aku mendapat jawapannya produser yang ditunggu mendiang tiba dan mendiang terpaksa memohon diri…

Gambar kenangan bersama Cadet Corps St.John’s Institution 1977

Sehingga hari ini aku tidak mendapat jawapan apa yang membuat airmata mendiang mengalir bila aku ajukan soalan tentang masyarakat dan generasi muda Malaysia hari ini.Apa yang terbuku dihati mendiang?Akhirnya RAHSIA itu mendiang bawa pergi pagi ini bersama sama roh kepahlawanannya..

Sedikit latarbelakang mendiang saperti yang pernah aku siarkan di APA WordPress tahun lepas.

WE MALAYSIANS SALUTE YOU OUR HERO
REST IN PEACE