Aku tersenyum bila bloggers pro Umno cuba menyanggah segala macam “pendedahan to nenek” yang dah dilakukan Rafizi setakat ini macam Rancangan Berbalas Pantun yang pernah keudara di Radio Malaysia suatu masa dahulu …cuma pantun yang dijual Rafizi  dibalas dengan “pantun sumbang” oleh bloggers pro Umno yang kebanyakannya lari dari tajuk atau isu yang didedahkan.

Bukanlah aku kata apa yang didedahkan Rafizi itu BETUL belaka,cuma kalaupun ianya sekadar FITNAH atau TOMAHAN,jawaplah “cerdik” sikit tanpa menyerang peribadi Rafizi untuk cuba menjatuhkan kredibiliti dia dimata para pelayar siber.Kalau benar dokumen yang didedah Rafizi selama ini PALSU,gunakanlah kaedah menyanggah “dokumen palsu” ini secara intelektual dengan hujah yang berfakta dari terus menyerang peribadi beliau yang bila terlalu kerap dilakukan nampak macam BLOGGERS PRO-UMNO TIDAK ADA JAWAPAN untuk segala macam PENDEDAHAN (atau FITNAH mengikut kayu-ukur pro-Umno) oleh Rafizi.

Hari ini SANGGAH besuk akan keluar “dokumen dan pendedahan baru” dari Rafizi seolah olah dia dah jadi KILANG mengeluarkan segala macam dokumen SALAHLAKU PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO sebagai balasan PANTUN dari bloggers pro-Umno untuk pendedahan sebelum nya.Sama ada korang nak AKUI atau tidak sememangnya korang TIDAK ADA JAWAPAN dengan strategi dan waktu yang dipilih Rafizi untuk membuat pendedahan dan ini baru hidangan APPERTIZER buat pemanas badan.

Masih ingatkah korang apa yang aku pernah katakan sebelum ini tentang SEBELAS SENJATA AMPUH PAKATAN RAKYAT yang bakal digunakan mereka bila mendekati PRU13?

Jadi apa yang didedah Rafizi setakat ini cuma PEMANAS BADAN dan itupun aku lihat sahabat sahabat aku pro-Umno terkial kial nak menjawap.Kalau ada yang menjawap pun sekadar jawapan SYOK SENDIRI yang hanya Penyokong Totok Umno yang percaya.Jadi sendiri makan PENGAT sendiri mintak PINGAT.

Apapun korang bersedialah untuk PENDEDAHAN yang lebih mencabar selepas ini…

Aku sekadar mengingatkan saja…