Aku berada di Kota Bharu atas suatu urusan semasa C4R (Cycle For Royalty) dilepaskan.Aku hanya tahu pasal kayuhan Kota Bharu – KLCC ini bila cuba menghubungi sahabat blogger Aduka Taruna dan diberitahu beliau dan kawan kawan dalam R baru sahaja memulakan kayuhan ke Terengganu. Cis bedebah kau! Aduka! pasal apa tak info aku awal awal ?Kalau tidak pasti aku jenguk korang walaupun tak join sekali kerana kebetulan aku berada di KB.

Apapun aku akan tetap join korang 10hb ini bila korang sampai di Tol Gombak nanti,tapi aku join korang atas kapcai aku lah.Korang kenalah bagi muka kat aku blogger tua ini,takkan korang nak tenguk aku pengsan kayuh basikal dari Tol Gombak ke KLCC.korang yang muda muda bolehlah…he he he.

Go R Go…

P/S : Aku sebagai orang luar Kelantan berkecuali dalam isu tuntutan Kumpulan R ini,tapi apa yang aku sokong adalah KEGIGIHAN dan KEYAKINAN anak anak muda ini menuntut apa yang mereka percaya dan yakini sebagai Hak Rakyat Kelantan berhubung royalti minyak.Dari saat mereka bermula sehingga saat ini seakan tiada apa yang dapat MENGHALANG mereka dalam perjuangan mereka.I SALUTE YOU ALL