Kebetulan aku berada di Kota Bharu bila Speaker Dun Kelantan ini memberikan ceramah beliau berhubung “Amanat Haji Hadi” dalam video dibawah pada 5/1/2013. Ketika itu aku sedang memesan KFC untuk dibawa balik kebilik penginapan aku dan kebetulan lokasi KFC ini berhadapan pentas ceramah di Kelantan Trade Centre jadi dapatlah juga aku dengar sebahagian dari ceramah ini.Menarik apa yang aku dapat dengar malam tu tapi tak berkesempatan untuk mendengar keseluruhannya.

Jadi kebetulan jumpa video ini jadi aku kongsikan disini untuk siapa juga yang dengan hati terbuka ingin mendapat sedikit pencerahan tentang polimik “Amanat Haji Hadi” selama ini…

Tontonlah dengan hati dan minda yang terbuka….