Aku pun tak faham kenapa cerita zaman Jurassic ini tiba tiba jadi panas dan dipanaskan kembali oleh Umno,pemimpin mereka dan cybertroopers mereka menjelang PRU13.Sejauh mana impaknya dalam mengubah sikap penyokong Pas yang dikatakan selama ini berpegang kuat kepada “Amanat Haji Hadi” ini aku pun tak pasti tapi ianya pada aku lebih menggambarkan keadaan DESPRADO Umno dalam cubaan mereka memenangi sokongan orang Melayu (penyokong Pas tentunya) setelah merasakan mereka tidak boleh mengharapkan lagi sokongan dari bukan Melayu dalam menghadapi PRU 13 yang dianggap paling sengit dalam sejarah pilihanraya negara ini.

Aku tidak mahu memihak kepada mana mana pihak dalam hal ini tapi bila Haji Hadi sendiri pun sudah bersetuju nak memberikan penjelasan tentang “kekeliruan” ini secara LIVE apalagi yang ditunggu oleh pihak yang selama ini mempertikaikan ‘amanat’ yang dikatakan punca perpecahan umat Islam negara ini sejak 31 tahun lalu.
Mari kita lakukan agar terungkai segala kekusutan yang selama ini membelenggu pemikiran umat Islam negara kita ini akibat ketaksuban sesetengah pihak terhadap “amanat” ini,kecuali memang pihak yang mempertikaikannya iaitu Umno sengaja tidak mahu ianya diselesaikan untuk dijadikan MODAL POLITIK mereka bila bila dirasakan perlu dan terus membiarkan umat Islam negara ini dalam KEKELIRUAN.
Jadi adalah wajar permintaan Haji Hadi ini agar RTM bersama sama stesen tv yang lain memberikan beliau 1 jam secara LIVE dan bukan RAKAMAN untuk memperjelaskannya isu amanat ini kepada rakyat Malaysia.Berdolak dalik dengan berbagai alasan tok nenek dan hanya bersetuju untuk siaran rakaman menampakan ada agenda tersembunyi dipihak Umno kerana pastinya jika ianya sekadar rakaman akan memungkinkan MANUPULASI (jika ingin dilakukan) yang akhirnya  tidak akan menyelesaikannya bahkan menambahkan POLIMIK yang baru pula nanti.
Jadi jika PANGLIMA PANGLIMA UMNO memang jenis yang berTELOR dan ianya bukan disimpan dalam beg tangan isteri masing masing berjenama Berkins…SILA SAMBUT KESEDIAAN HJ HADI ini dengan iklas dan hati terbuka tanpa ada agenda politik tersembunyi.
Jika tidak….
DONT COCK YOUR TALK !

Period.
Harakahdaily melapor.an:

“Saya akan mati, mufti-mufti juga akan mati, Perdana Menteri mati, saya mati…kita mengadap Tuhan. Tuhan yang akan menentukan betul atau pun salah. Jika tidak atas dunia ini..akhiratlah. Kita bertemu dengan Tuhan jika atas dunia tak mahu bertemu,” tegasnya.

Justeru, Ustaz Abdul Hadi tetap bertegas mahukan ruang penjelasan selama satu jam bersiaran di RTM milik kerajaan kerana PAS tidak memiliki media yang menyeluruh.

“Saya tetap mahukan (siaran langsung) supaya masyarakat berlaku adil. Adil ini kena dengar semua pihak dan dengan cara itulah, sebab kita tiada media.

“Biar rakyat tahu…dia (rakyat) dengar semua barulah (faham). Ini dengar sebelah pihak, macam mana.

“ Kena dengar dulu apa yang saya hendak kata, supaya masyarakat dengar betul atau tidak apa yang saya hendak kata,” ujarnya.-Harakahdaily