Dr.Novandri mangsa “kencingan hancing” pemimpin Umno?

Semua sudah tahu apa yang terjadi kepada pengendali blog Minda Intelek Melayu Dr.Novandri yang terpaksa memohon maaf kepada Khalid Samad atas satu artikel yang pernah beliau tulis dan dikhabarkan juga terpaksa membayar sejumlah wang (khabarnya RM50 Ribu) sebagai ganti rugi penyelesaian luar makamah.

Pot pet pot pet sana sini pejuang maya pro-Umno memperkatakan KETIDAKPERHATINAN pemimpin pemimpin besar Umno terutamanya kepimpinan Umno Pulau Pinang terhadap nasib Dr.Novandri yang terpaksa menghadapi semua ini berseorangan dan hanya dibantu sahabat sahabat sesama bloggers yang simpati.

Mana hilangnya Zainal Abidin yang baru berbini muda tu,yang dikatakan pada awalnya akan membantu?

Mana perginya “mamak mamak bibir merah” pemimpin Umno Pulau Pinang yang tidak berhenti menyerang Lim Guan Eng?

Mana perginya @NajibRazak,Muhyiddin,Zahid Hamidi,Hishamudddin,Shafei Afdal,Tengku Nan,Raof dan ramai lagi spesis “lembu lembu kenyang” Umno?

Najib: 'Discipline in an organisation requires us to accept with an open heart any decision made by the leader'.

Semuanya buat bodoh…semuanya buat derrg je….ITULAH UMNO!

Tak percaya ???

Korang fikir sendirilah…

Kalau hutang aku melebehi RM200Juta menyediakan segala macam keperluan tok nenek Umno untuk menghadapi PRU11 2004 yang akhirnya buat mereka menang besar ala “tanah-runtuh” ala “landslide” pun mereka boleh WRITTEN OFF…apa sajalah jasa BLOGGERS PRO-UMNO macam Dr.Novandri, macam korang dan macam aku ini pada mata pemimpin besar Umno.

Langsung tak ada makna…bahkan kalau korang tak dilayan macam ANJING KURAP sapertimana aku dilayan Umno dan Pemimpinnya selama ini pun dah kira korang bernasib baik.

Sebab itu aku berhenti MENZALIMI diri aku sendiri dan mengisytiharkan diri sebagai BLOGGER BEBAS dan tidak mahu lagi menyokong parti yang MENGKHIANATI dan MENZALIMI aku bertahun tahun lamanya walaupun tidak juga menyokong Pakatan Rakyat.Hari ini jiwa aku tenang sebab kiri kanan aku boleh belasah terutamanya pemimpin Umno.Jangan tersilap…walau kentut tak ada bunyi tapi meninggalkan bau pekung tetap akan jadi bahan belasahan atau paling tidak bahan lawak blog aku….Aku Peduli Apa Lu Siapa !!!

Jadi kepada para sahabat bloggers agak agaklah kalau kot iya pun nak menyokong sakan.Paling penting KITA mesti bersatu dan jangan membiarkan Dr.Novandri berseorangan dalam hal ini.Hari ini hari dia dan esuk esuk mana tahu hari kita pula.Lakukan sesuatu sebagai PERINGATAN kepada semua PEMIMPIN BESAR UMNO agar jagan MEMPERALATKAN kita untuk kepentingan diri mereka sendiri dengan retorik PERJUANGAN yang kosong yang hanya menguntungkan MEREKA.

Ingat pesan orang tua-tua….MENGADU KEPADA YANG KASIH,BERMANJA KEPADA YANG SAYANG…dan jangan ANGAU dan syok sendri.

Baca juga luahan rasa Penggempur MutiaraDouble Y dan The Unspinners.