Meminjam kata kata Hishamuddin Rais aka Tukar Tiub….ini adalah tulisan MENGHASUT.Kalau menghasut yang nak dilabelkan kepada aku..so be it.Tapi aku lebih merasakan tulisan aku kali ini lebih kepada cuba MENYEDARKAN dari MENGHASUT korang.Menyedarkan korang agar berpijak dibumi nyata dan tidak leka dibuai mimpi indah janji janji pemimpin politik yang korang sokong.

Menyedarkan korang semua dan diriku juga agar dalam keghairahan mempromo..mempertahan dan menyerang balas demi parti dan pemimpin yang kita sokong,jangan lupa ada risiko yang menanti…Risiko yang memungkinkan kita turun naik makamah JIKA DISAMAN atas apa yang kita tulis atau siar di blog masing masing.

Bertitik tolak atas apa yang berlaku kepada Dr.Novandri baru baru ini setelah 2 tahun kes berjalan,tiada siapa dikalangan PEMIMPIN UMNO yang korang sokong,bela dan pertahankan selama ini yang akan tampil kehadapan membantu korang dari segi bantuan guaman apatahlagi bantuan kewangan.

” SENDIRI TULIS SENDIRI TANGGUNG BEB…”

Jadi kalau korang semua PEJUANG SIBER PRO-UMNO takut nak sama sama bersatu atas nama “satu kesatuan” dibelakang Dr.Novandri kerana menjaga KEPENTINGAN masing masing….adalah baik jika korang lebih berhati hati dengan penulisan masing masing agar tidak terheret kemakamah JIKA DISAMAN.Kerana,JIKA DISAMAN….korang pasti keseorangan macam yang dilalui Dr.Novandri.

Sekadar pandangan dan peringatan aku kepada korang semua sebab aku pasti korang tidak akan berani secara terbuka dan beramai ramai atas nama THE BROTHERHOOD menyokong Dr.Novandri atas sebab sebab yang kita sama sama tahu.Apatahlagi THE BROTHERHOOD hanya wujud sesama korang dalam kumpulan korang sendiri dan tidak wujud dalam SATU KELUARGA BESAR PEJUANG SIBER PRO-KERAJAAN selama ini.

Apapun…

BERHATI HATI DI JALANRAYA DAN MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA….