Aku dah agak dah…
Mulai hari ini dan hari hari seterusnya sehingga waktu yang belum pasti,akan muncul berbagai “teori kira kira” dari PROFESOR PROFESOR KANGKUNG ikut kaedah tok nenek masing masing bersandarkan kelulusan masing masing.

Aku baru jumpa Profesor Kangkung pertama saperti imej diatas dari blog Kerajaan Rakyat dan aku pasti akan ramai lagi spesis jenis ini yang akan berkongsi hujah mengenai teori masing masing membuat perkiraan tepat.

Apa pun teori yang bakal dikeluarkan tidak mungkin dapat menyanggah TEORI KIRA KIRA RAIS YATIM yang telah diberi pengiktirafan ISO 999990 3/4 dan satu lagi teori dari Profesor Dr.Google aka Goggle aka Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah Hasbullah.