Terlena di Dataran Merdeka kerana keletihan dan kebosanan..
Kalau waktu Bersih 1.0..2.0 dan 3.0 dulu jam 9 mlm baru boleh rihat
tapi semalam jam 4 petang  aku dah boleh layan mata…
Kat Dataran Merdeka lak tu…hik hik hik

Dah banyak analisa dan kupasan yang dilakukan berbagai pihak tentang KL112,jadi rasanya tak perlulah aku tumpang sekaki mengulas.Biarlah orang lain buat kerja ulas mengulas dan kupas mengupas ini dari sudut pandangan dan sentimen masing masing.Semua mereka BETUL dan semuanya pun SALAH.

Cuma aku ingin mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada PDRM kerana pendekatan yang amat berbeza mendepani KL112 kali ini jika dibandingkan dengan DEMONSTRASI dan HIMPUNAN sebelum ini yang berakhir dengan kekecuhan.
Berjalan kearah Dataran Merdeka untuk mengambil posisi..
Walaupun KL112 dikatakan berjaya mengumpul seramai 40 ribu ke…80 ribu ke…atau 100 ribu peserta ke (ikut kaedah mengira Sekolah Kira Kira Rais Yatim),aku yakin majoriti peserta yang hadhir semalam semuanya pulang HAMPA kerana ianya tidak lebih dari sebuah CERAMAH POLITIK DALAM SKALA BESAR dan dilakukan ditengah tengah Ibukota Kuala Lumpur.Kalaulah ceramah berskala KL112 ini diadakan dimana mana Tanah Rancangan Felda pasti ianya tidaklah lebih dari ceramah politik yang dihadhiri semua pemimpin besar Pakatan Rakyat.Ketiadaan kelibat PDRM dengan kekuatan FRUnya semalam sesuatu yang amat dirasakan para peserta kerana mereka mendambakan sesuatu tindakan saperti yang pernah dialami mereka dalam banyak demonstrasi(atau himpunan kalau nak dimachokan bunyinya) sebelum ini.Jika angka kehadhiran semalam (apa jua angka saperti diatas) nak dipompangkan sebagai suatu kejayaan berbanding angka sasaran 1 JUTA,aku rasa itu kerja syok sendiri macam Ebby Abadi tengah syok sendiri kat aku sekarang ni…ha ha ha.
Anggota anggota Penguatkuasa DBKL turut berkawal di Dataran Merdeka


PDRM mengambil langkah betul dan terbaik kali ini dengan memberi kebebasan sepenuhnya kepada para peserta dan penonton untuk berada dimana sahaja KECUALI Dataran Merdeka.Itupun bahagian dimana terdapatnya pokok besar berhadapan Panggung Bandaraya masih boleh diakses oleh peserta kalau ada yang nak bernostalgia dengan aksi aksi mandi dan gas FRU yang mereka alami sebelum ini terutama yang datang dari luar Kuala Lumpur.Dibawah redup pohon pohon besar inilah semalam aku dan beberapa sahabat bloggers melepak tidor sekitar jam 4 petang (jam 4 petang bloggers yang buat liputan dah boleh tidor kita boleh fikirlah apa sebabnya).Terjaga hampir jam 6 petang aku melihat ramai peserta yang baru pulang dari Stadium Merdeka singgah menjengah Dataran Merdeka malu malu (atau ragu ragu) sambil bergambar kenangan berlatarkan anggota anggota PDRM dikejauhan sana untuk dibawa pulang sebagai bekalan sembang kedai kopi ditempat masing masing kelak.
Aku bangun dalam keadaan mamai..rihat sekejap,start kapcai aku dan vroooommm….balik kerumah.Selamat tinggak KL112 dengan segala macam cerita dongeng yang tidak menjadi REALITI.
TAHNIAH SEKALI LAGI PDRM DAN TAHNIAH KEPADA UNIT AMAL PAS DAN SEMUA PESERTA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN KERANA SAMA SAMA TIDAK MENCETUSKAN PROVOKASI YANG AKHIRNYA MENJADIKAN KL112 SEBAGAI HIMPUNAN PALING AMAN.

P/S : Aku lihat yang UNTUNG dalam KL112 kali ini tetap para peniaga terutamanya yang menjual segala macam barangan CENDERAHATI saperti t-shirt,headband,bendera dan sebagainya.Yang RUGI aku tak tahu siapalah,tapi tanyalah diri masing masing…

Kepada PENGANJUR yang pom pang pasal angka 1 JUTA,apakata lain kali korang target angka lebih kecil sikit umpamanya…Himpunan 30 orang ke…100 orang ke atau 1 ribu orang ke?Mungkin kalau sasaran korang kecik tiba tiba turun pulak satu juta rakyat menyokong…he he

Satu lagi aku nak sentuh…bab agenda bangsa dalam Pakatan Rakyat.
Aku lihat kalau agenda tu dibawa oleh bangsa Cina contohnya isu Lynas..dari 14 peserta berjalan kaki dari Gebeng berakhir dengan 10-15 ribu orang dalam perjalanan terakhir ke Dataran Merdeka termasuklah ramai Melayu yang menyokong…




Tapi sedih…
Dalam kayuhan Kota Bharu-KLCC C4R oleh NGO Royalti Kelantan…Itulah kumpulan yang sampai ke Gombak dan itulah juga kumpulan yang mengakhirinya di KLCC tanpa ada pertambahan penyokong apatahlagi dari bangsa Cina dan India.Jadi apa yang dah disepakati selama ini dalam Pakatan Rakyat diantara Pas,PKR dan DAP?

Sampaikan aku tak tergamak nak tulis pasal leg terakhir Kumpulan Royalti Kelantan ini bila melihatkan sambutannya walaupun mengikutinya dari awal…

Sesuatu yang WAJIB difikirkan…

Bloggers On Wheels

TERIMA KASIH KEPADA ANDA SEMUA YANG BERADA DIDALAM ATAU DILUAR STADIUM MERDEKA DAN KAWASAN SEKITARNYA KERANA TIDAK MENGHARU-BIRUKAN KEHIDUPAN KAMI WARGA KUALA LUMPUR SEMALAM.