“Lu bikin kecuh besuk gua kasi patah lu punya leher…ada faham..?”
Tenguk..aku beri amaran pun dalam keadaan senyum je..
Sambil Tian Chua mengangguk akur..

Mungkin ramai tak tahu “rahsia” kenapa KL112 menjadi perhimpunan aman tanpa ada apa apa insiden saperti demo demo sebelum ini walaupun pihak penganjur mengiginkan sebaliknya?

Inilah rahsianya…

Malam sebelum KL112 atau lebih tepat Malam Rapat Countdown KL112 di Kelab Sultan Sulaiman Kg.Bharu aku telah memanggil Tian Chua dan beberapa orang lagi dan memberi “AMARAN” agar tidak mencetuskan kekacauan dalam perhimpunan esuknya.Andaikata dia ingkar aku tidak akan teragak agak “mematahkan” lehernya…kah kah kah.

Tian Chua terpaksa panggil “machai” dia untuk sama sama berbincang

Tiba tiba baru kami perasan perbincangan kami dirakam oleh
seorang Paparazi…kantoi !

Ha ha ha..itu semuanya teknik merakam gambar menggunakan “angle manupulation” yang dilakukan oleh Amrayy Lensa Assault.Nampak macam aku terlibat sama dalam perbincangan itu tapi sebenarnya tidak..
Teknik begini kalau digunakan dengan niat yang salah boleh dijadikan “alat fitnah” untuk mempengaruhi  mereka yang melihatnya yang bukan pakar dalam seni fotograpi.