Bloggers On Wheels


Banyak sudah perdebatan dialam siber sejak KL112 melabuhkan tirainya tentang ANGKA sebenar kehadhiran peserta baik didalam stadium mahupun kawasan persekitaran dan jalan jalan yang menuju kearah Stadium Merdeka hari itu.

Ada yang kata 40 ribu…ada yang kata 80 ribu..tak kurang juga yang terkehel urat otak mereka dibahagian kepala lutut syok sendiri dengan angka 500 dan 700 ribu kehadhiran.Apapun untuk berlaku adil aku bersetuju dengan angka paling maksima 100 ribu orang.Angka itu aku anggarkan berpandukan kepada gambar gambar yang tersiar sejak hariitu dan pemerhatian aku sendiri secara peribadi disetiap lokasi mulai jam 9:00 pagi sehingga 4:00 petang sebelum aku merihatkan mata aku dibawah pokok Dataran Merdeka kurang lebih jam 4 petang.Perlu diingat aku dan beberapa sahabat adalah “Bloggers On Wheels” jadi aku/kami berada disemua lokasi dan tidak statik  saperti kebanyakan orang.Olehitu setelah mengambil kira semua aspek secara lojiknya aku bersetuju dengan angka paling maksima 100 RIBU PESERTA DAN PENONTON.

Bloggers On Wheels

Bloggers On Wheels….sign-off jam 4:00 petang..
Apa maknanya tu…?

Jadi tiada apa yang boleh DIBANGGAKAN dengan angka 100K ini kerana kehadhiran Uztaz Azhar Idrus secara solo berlawak di Malam Ambang Tahun Baru 2013 di Shah Alam baru baru ini pun mengundang hampir 120 RIBU PENONTON.

Bayangkan populariti Uztaz Azhar Idrus secara SOLO mengatasi kehebatan Seluruh Jentera Parti Pakatan Rakyat dan NGO NGO yang bergabung didalamnya sebagai PENGANJUR KL112 ATAU HKR112?

Itu realitinya…

Satu lagi yang perlu aku jelaskan disini ialah tentang mereka mereka yang hadhir untuk KL112 ini.Kebanyakannya adalah Bukan Warga Kuala Lumpur dan datang dari seluruh pelusuk negara sama ada secara sendiri mahupun dibiayai oleh pihak pihak tertentu.Lantas menjadikan mereka dalam kategori “penyokong tegar” parti parti yang bergabung dibawah Pakatan Rakyat,lalu menggelar himpunan ini sebagai HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT amatlah tersasar dan tidak wajar sekali dan adalah lebih tepat jika ianya digelar HIMPUNAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT KUALA LUMPUR 112.

Apa yang menariknya kali ini adalah keadaan Ibukota Kuala Lumpur semasa berlangsungnya perhimpunan ini dari malam sebelumnya dengan Rapat Countdown KL112 sehinggalah awal pagi keesukan harinya membawa kelewat petang bila KL112 melabuhkan tirainya.Hampir tiada satu pun jalan jalan utama didalam bandaraya Kuala Lumpur yang ditutup kecuali Jalan Raja dimana terletaknya Dataran Merdeka.Tiada kesesakan lalulintas didalam bandaraya malahan orang ramai dan para pelancung menjalani kehidupan saperti biasa bersiar siar dan membeli belah,cuma terasa sedikit LENGANG seolah olah saperti yang biasa dialami sewaktu cuti cuti hari perayaan saperti Hari Raya dan perayaan perayaan yang lain.

Ini menunjukan sikap WARGAKOTA yang mengelak diri dari memasuki Bandaraya Kuala Lumpur sama ada kerana mereka tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalulintas apatahlagi kalau terperangkap dalam situasi yang berlaku saperti yang terjadi semasa Besrsih 3.0 dulu.Jadi lebih baik lepak kat rumah tonton Astro dan layan popcorn…

Jadi untuk PENGANJUR mengaku KL112 ini sebagai “kebangkitan rakyat” adalah sesuatu yang kelakar dan ianya hanya sentimen syok sendiri bilamana rakyat tempatan dimana lokasi himpunan ini diadakan mengambil sikap untuk tidak mahu turut campur dan merasa lebih selamat berada dirumah bersama keluarga masing masing.

Kalau aku ditanya pendapat aku tentang KL112 ini jawapan aku mudah dan pendek…

GAGAL MAKSIMA !

Layan gambar gambar yang dirakam sahabat Minaq Jinggo suasana dalam Stadium Merdeka dari jam 1:00 hingga 5:00 petang dan anda mungkin bersetuju dengan pendapat aku.Arios…

http://jinggo-fotopages.blogspot.com/2013/01/sekitar-himpunan-kebangkitan-rakyat_13.html

http://jinggo-fotopages.blogspot.com/2013/01/lagi-foto-kl112-untuk-pencari-kebenaran.html

P/S : Mengadakan KL112 atau HKR112 adalah satu “KESILAPAN BESAR” dipihak Pakatan Rakyat kerana ianya langsung tidak membantu melonjakan graf populariti mereka bahkan ianya kekal status quo atau mungkin juga menurun .Aku pasti setelah melakukan analisa dan jika masa boleh diundurkan kebelakang pihak penganjur  TIDAK AKAN MAHU MENGANJURKAN NYA.

**** Hairan juga bila kelibat Datuk Husam Musa tidak kelihatan walaupun sehari sebelumnya dia bersama Royalti Kelantan menyampaikan “memorandum tuntutan” kepada Petronas di Menara Petronas KLCC.Apa agaknya yang berlaku?Cuba story sikit sape sape yang tahu…