Dalam Buletin Utama TV3 semalam TMJ menjelaskan kelibat 6 orang berpakaian tentera lengkap bersenjata(gambar bawah) yang berkawal distadium sewaktu pertemuan Kelantan dengan Johor bukanlah anggota Johore Miltary Force (JMF) saperti yang dihebuhkan.Mereka adalah anggota 21 Regimen Gerak Khas yang bersiapsiaga disitu andaikata Kebawah Duli Sultan Johor mencemar duli turun menyaksikan perlawanan malam itu.

Askar Johor VS Kelantan 150x150 Isu JMF: Gambar JMF di Perlawanan Johor VS Kelantan. Perlawanan Bola Sepak @ Perang?
Komando Johor VS Kelantan 150x150 Isu JMF: Gambar JMF di Perlawanan Johor VS Kelantan. Perlawanan Bola Sepak @ Perang?
Atas penjelasan itu AKU INGIN MEMOHON MAAF KEPADA JOHORE MILITARY FORCE DAN YAM TMJ atas kesilapan fakta dalam artikel aku sebelum ini DISINI.
Walau bagaimana pun pada pendapat peribadi aku adalah KURANG WAJAR jika amalan menyediakan anggota tentera untuk memastikan keselamatan mana mana Kebawah Duli Duli Tuanku Raja Raja Melayu yang turun mencemar duli untuk menyaksikan mana mana perlawanan bolasepak dimana mana stadium sekalipun dimasa masa akan datang.Rasanya kawalan keselamatan pihak PDRM kepada Kebawah Duli Duli Raja Melayu adalah memadai saperti yang dilakukan selama ini.Jika status mana mana Kebawah Duli Tuanku Raja Melayu sebagai Kolonel Pemerintah Regimen,Kor atau Battalion mana mana ketumbukan tentera mahu diambil kira sebagai KEWAJIPAN mengadakan kawalan tentera beruniform lengkap bersenjata saperti yang berlaku di Kota Bharu,maka kita akan saksikan kehadhiran berbagai unit tentera mengiringi Kolonel Pemerintah unit masing masing.
Gambar Askar Timbalan Setia Negeri Johor Isu JMF: Gambar JMF di Perlawanan Johor VS Kelantan. Perlawanan Bola Sepak @ Perang?
Aku pasti selama ini memang wujud pasukan keselamatan dari pihak ATM yang mengiringi Kebawah Duli Duli Tuanku Raja Raja Melayu bila mereka turun mencemar duli dalam mana mana acara resmi atau tidak resmi,tetapi disebabkan kehadhiran mereka tidak dengan UNIFORM LENGKAP BERSENJATA maka kehadhiran mereka tidak kita sedari.Maka adalah wajar cara begini dikekalkan agar tidak mengundang rasa kurang selesa rakyat yang akhirnya mengundang perdebatan secara terbuka.

P/S : Ada juga suara suara yang sumbang yang masih mengatakan 6 orang anggota tentera beruniform Gerak Khas itu adalah anggota JMF yang memakai uniform Gerak Khas yang dipinjam mereka.Sejauh mana kebenarannya aku tak pasti tapi setakat ini kita terima saja penjelasan TMJ berhubung kehadhiran “tentera” ini.