Teringat aku akan lagu MADAH BERHELAH bila membaca posting sahabat C++ tentang komando Malaysia yang dah terlampau relax tak ada kerja maka DITITAHKAN menjaga pemain bola,bola dan apa juga yang berkaitan bola dan pasukan JDTjadi pasukan GGK jaga pasukan  JDT yang sepatutnya dijaga pasukan JMF.

Suka hati koranglah Labu asalkan korang semua bahagia…

Kepada Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi,apakata kita hantar pula pasukan GGK kita ini ke World Cup 2014 di Brazil untuk jaga semua yang berkaitan dengan bola disana atas panji  Bangsa Bangsa Bersatu.Boleh gak anggota GGK kita belajar tarian SAMBA yang kelak boleh menggantikan TARIAN PARA(Tarian Perang) yang ada hari ini.Amacam Datuk..???