SEMINAR BERANI KAYA yang pertama kali anak aku anjurkan di Melaka semalam telah pun selesai alhamdulillah.Walaupun kehadhiran peserta tidaklah memberansangkan disebabkan beberapa faktor yang berlaku saperti waktu yang terlalu lama untuk peserta yang mengambil bahagian dalam perarakan yang tamat jam 10 pagi untuk menunggu seminar bermula jam 2:00 petang yang akhirnya bila balik kerumah mereka tidak datang kembali sebelah petangnya.Lagipun memang dah jadi fitrah manusia bila benda PERCUMA ianya seolah olah tiada harga walaupun 50 peserta yang hadhir amat teruja dengan “perkongsian ilmu” yang berlaku semalam.Apapun aku tetap bersyukur kehadrat Allah swt kerana memungkinkan program pertama Shafiz anak ku ini berjalan lancar..alhamdulillah.

Uncleseekers V2

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat sahabat yang tolong mempromo event ini diblog masing masing (setakat yang aku tahu cuma 3 bloggers sahaja) sama ada dengan menulis artikel atau mempromo banner event ini diblog masing masing,Terima kasih sahabat Mat Indera Sipejuang..sahabat Uncleseekers V2 dan Amrayy Lensa Assault.Budi dan keperihatinan kalian akan dikenang selagi ada hayat dibadan.Kepada sahabat yang mungkin ada mempromo tapi aku terlepas pandang harap tinggalkan komen diruang disini untuk aku berterima kasih dengan anda semua.

Mat Indera Sipejuang

Roadtour pengenalan SEMINAR BERANI KAYA akan menjelajah seluruh negara bermula 3hb Feb di Wisma MCA Jalan Ampang Kuala Lumpur seterusnya akan ke Kota Bharu dan lain lain negeri yang akan diberitahu tarikh dan tempatnya kelak.Semoga perkongsian ilmu ini bakal mendatangkan manafaat kepada peserta yang berani menyahut cabaran…

Amrayy Lensa Assault

Pilihan ditangan anda sendri…

ANDA INGIN 

KAYA DUNIA…?

KAYA AKHIRAT…?

KAYA HUTANG…?

KAYA MASAALAH…?

KAYA HARTA…?

KAYA HUTANG AH LONG..?

Seminar ini bakal mengupas dan menyedarkan peserta tentang potensi untuk memilih antara KEKAYAAN YANG MEMBERI MENAFAAT atau tinggal dalam KEKAYAAN YANG MENDATANGKAN MUDARAT. 

P/S : Mana agaknya sahabat sahabat aku dari blog pro-kerajaan terutamanya dari UMB?Apakah aku bukan lagi berstatus sahabat kepada mereka?Isy isy isy…kesian aku tenguk perangai korang..