Who’s under the hood?
What’s under the hood’
Kosong…kosong…NEIL..or NIL?

Sebagai manusia kita mempunyai pilihan untuk mencorakkan kehidupan kita sendiri.Tidak ada seorang pun dizaman serba moden ini yang bertaraf HAMBA ABDI saperti dizaman jahilliah dahulu mahupun dizaman dimana perdagangan hamba abdi dari benua Afrika menjadi komoditi utama bangsa Eropah yang mula meneroka dan menjelajah benua Amerika.

Hari ini kita BEBAS membuat pilihan yang akhirnya bakal mencorak kehidupan kita mengikut apa yang kita pilih.Tapi kerapkali kita membuat PILIHAN YANG SALAH lantas kerapkali juga kita berhadapan dengan masaalah untuk melalui kehidupan yang BAHAGIA.Bila ini terjadi kita amat mudah menyalahkan semua itu keatas TAKDIR sebagai jalan paling mudah untuk mengelak dari dipertanggung jawapkan atas pilihan kita yang SALAH sejak dari mula lagi.

Kita seringkali ingin menyalahkan pihak lain atas pilihan kita sendiri dan lebih buruk lagi bila segala MUSIBAH yang menimpa diri kita dikaitkan dengan TAKDIR yang kononnya telah sedia tertulis di Luh Mahfuz sebelum azali lagi…tanpa kita sedar dengan menyalahkan takdir kita juga disengaja atau tidak disengajakan turut mengheret Yang Maha Pencipta kekancah “pilihan kita”.

Kerapkali juga dalam kita memohon petunjuk dalam ISTIKHORAH kita kepada DIA Yang Maha Esa dan sesudah ditunjukan “pilihan yang betul” dalam bentuk ilham dan mimpi kita tetap berkeras untuk menurut “pilihan kita” yang akhirnya ternyata salah lantas menyakitkan lagi memudaratkan.

Kerapkali juga kita didatangi oleh “The Choice” mahupun “The Choosen One” yang didatangkan khas kepada kita oleh Allah Yang Maha Pengasih untuk kita tapi nafsu dan akal kita yang tidak seberapa ini tetap ingkar dan mahukan “pilihan kita”..yang akhirnya mencetuskan DERITA yang tidak pernah berkesudahan.

Akhirnya jadilah kita saperti lirik sebuah lagu dendangan seorang penyanyi remaja popular masakini..

KOSONG…KOSONG..KOSONG…NIL AND NEIL AND NIL AND NEIL…akhirnya KOSONG….O O