Siang tadi aku ada tulis artikel ini http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2013/01/bn-tak-kalah-semasa-pru-tapi-bn-akan.html yang menceritakan perihal “perangai cybertroopers pro-umno” secara kebetulan tanpa dipengaruhi mana mana artikel terdahulu oleh mana mana blogger.
Selepas maghrib tadi masuk mesej dalam WhatsAp aku berbunyi “Audie tibai Gomo” dari seorang sahabat dari UMB.Mungkin dia memikirkan aku ini masih “hitman UMB” walaupun tidak lagi bersama UMB maka aku dimaklumkan “serangan” terbaru Gomo terhadap UMB dan Tun Faisal yang dijawap oleh blogger UMB Sarawak Audie61 secara sinis dengan tajuk PAPA GOMO ..”My Best Friend Forever”.
Memandangkan aku tak tahu hujung pangkal “serangan “ terbaru ini maka aku search blog Audie61 ini dan berjumpa artikel sepuluh hari sudah yang menceritakan apa yang terjadi dan mendapati isunya isu lama yang dah basi MERENGEK TAK CUKUP SUSU..KOMPLEN TAK CUKUP PENGERAS.
Aku masih belum mahu melibatkan diri secara peribadi dalam “kancah” konflik terbaru UMB dan Gomo ini cuma yakin UMB WARRIORS Sarawak boleh menangkis apa jua bentuk serangan sama ada terhadap UMB atau penerajunya Tun Faisal.
Cuma ingin aku peringatkan kembali SUMPAH aku kalau ada yang dah lupa…
SIAPA JUGA YANG MENYERANG UMB DAN TUN FAISAL WALAUPUN AKU TIDAK LAGI BERSAMA MEREKA TETAP AKU TENTANG !

PERIOD!