Aku pernah menulis tentang prospek PRU13 dalam blog ini sebelum ini dan beberapa kali aku pernah mengatakan yang PUTRAJAYA AKAN JATUH KETANGAN PAKATAN RAKYAT SEMASA PAU DAN BUKAN PRU..

Antara sebab sebabnya adalah salah satu saperti ARTIKEL INI dan banyak lagi yang bakal disumbang bila berlaku PEMILIHAN dalam PAU2013 nanti…

Ramai pemimpin yang dah memasang angan angan untuk menduduki “persada kuasa” dalam MKT Umno dan hampir semua mereka sudah melengkapkan dengan senjata masing masing termasuk MENGUPAH PARA BLOGGERS untuk membuat KERJA KOTOR mengumpul segala macam maklumat dan skandal tentang saingan masing masing yang bakal digunakan kelak bila diperlukan.Kalau AKU blogger yang paling dibenci Umno pun ada yang sudi menyunting untuk tujuan ini apatahlagi blogger blogger yang kerja mereka pagi petang siang malam asyik MENGIPAS UMNO…pastinya lumayan.

Untuk mengetahui siapakah TUAN TANAH kepada blogger blogger ini perhatikan siapa yang selalu didendangkan mereka dalam “syair ampu” dalam tulisan mereka diblog masing masing.Hendak lebih pasti cuba serang TUAN TANAH mereka dan perhatikan blogger mana yang akan kehadapan MEMPERTAHANKAN boss mereka.Ada jugak TUAN TANAH yang disamping membela memberi makan blogger belaan mereka turut juga menyogok “blogger belaan saingan” mereka demi mengurangkan serangan yang bakal mereka terima nanti yang juga bertujuan untuk memancing bloggers ini untuk bertukar TUAN TANAH.

Jadi MEDAN merebut kuasa dan merampas Putrajaya sebenarnya akan berlaku semasa PEMILIHAN dalam PAU2013 nanti dan bukan PRU13 saperti yang diramalkan banyak pihak..

WAALLAHU’ALAM.

“Katak Katak Umno” yang bakal melompat selepas pemilihan tamat kelak
andaikata @NajibRazak gagal memperolehi 2/3 dan 
keputusan PRU13 tidak banyak berbeza dengan PRU12 2008…