Malaysia berada di kedudukan nombor tiga di dunia dari segi aliran keluar modal haram menurut laporan yang dikeluarkan oleh Integriti Kewangan Global GFI) yang berpusat di Washington pada Disember 2012 atau purata AS$ 28.5 bilion setahun. Aliran keluar wang haram merujuk kepada satu bentuk pelarian modal haram dan berlaku apabila wang secara haram yang diperolehi, dipindahkan atau dibelanjakan. Kebanyakan wang trsebut disimpan di bank Switzerland.

Bank Switzerland telah berahsia selama lebih daripada dua abad tetapi seperti resam dunia, segalanya tidak kekal. Selepas Amerika Syarikat memberikan tekanan yang cukup dan memenangi kes mahkamah terhadap Wegelin & Co, apabila ia mengaku bersalah kepada tuduhan membantu warga Amerika yang kaya mengelak cukai melalui akaun rahsia. Ini telah memberika satu ketetapan di mana bank-bank di Switzerland tidak boleh berahsia lagi seperti dahulu.

Kerajaan Switzerland juga telah menyatakan “kesediaan” membekukan “aset haram” pemimpin politik Malaysia, jika Malaysia mengemukakan permintaan untuk membantu proses perundang-undang kepada kerajaan Switzerland.

Kedua-dua Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud kini menghadapi kemungkinan pembekuan wang mereka.

Peristiwa-peristiwa di atas adalah satu lagi faktor utama yang menjadikan ahli-ahli politik UMNO / BN tidak dapat tidur apabila semua aliran wang haram bagi 10 tahun yang lalu (2001-2010) berjumlah RM872.8 bilion boleh dibekukan.

Memandangkan tiada usaha bersepadu di kalangan pemimpin UMNO untuk menyelamatkan UMNO, ini membuktikan mereka di dalam keadaan kucar-kacir dan tanpa halatuju.

Pemimpin-pemimpin UMNO telah mula mengambil iktibar bahawa UMNO / BN akan kalah dalam PRU-13 apabila setiap usaha untuk memperbaiki keadaan gagal membuahkan hasil.

Pelbagai peristiwa yang berlaku pada masa ini telah membuat pemimpin-pemimpin UMNO gelisah dan tanpa pelan tindakan yang jelas tentang bagaimana untuk menangani segala isu yang timbl dengan betul. Setiap pemimpin UMNO kini bersendirian menangani masalah masing-masing dan mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut dan bukannya bekerjasama untuk menyelamatkan UMNO.

Malah komen yang diberikan oleh penasihat ekonomi Bank Islam seolah-olah menikam sanubari pemimpin UMNO seolah-olah mereka tidak boleh bayangkan akan kalah di PRU-13 dan mereka tidak berdaya menyediakan Pelan B.

Para blogger UMNO juga berhadapan dengan kes mahkamah secara bersendirian, manakala Utusan telah didapati bersalah berkali-kali kerana menyiarkan pembohongan dan fakta yang diputarbelitkan.

Kalau dahulu kes, “LIsten, Listen, Listen” mudah sehaja diuruskan oleh UMNO,tetapi kini pemimpin-pemimpin UMNO telah menjauhkan diri mereka daripada presiden SW1M, Sharifah Zohra. UMNO juga telah menjauhkan dirinya daripada Raja Ropiaah dan Deepak. Najib pula bersendirian dalam usaha untuk mempertahankan dirinya dari segala yang dilemparkan oleh Deepak dan musuh-musuhnya ..

Begitu juga dengan PERKASA , ia telah tidak dapat membantu dan memperbaiki keadaan untuk UMNO, Najib kini memperjudikan nasib UMNO dalam membentuk Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI ) untuk mendapatkan semua butiran di dalam kes memberi kerakyatan secara tidak sah kepada pendatang haram di Sabah dengan harapan bahawa rakyat di Sabah akan memberikan kepercayaan kepadanya. Malangnya tanggungjawab itu tidak berhenti di situ sehaja, orang ramai juga mahu Najib lakukan perkara yang sama di negeri-negeri lain, terutama Selangor.

Dalam berbuat demikian, Najib dengan secara tidak langsung menyatakan bahawa Sabah bukannya “simpanan tetap” bagi UMNO/BN, kerana Najib sanggup korbankan Mahathir yang akan hanya terus mencemarkan imej UMNO di mata rakyat kerana pembongkaran kes kerakyatan ini..

Kini PDRM juga telah berhenti untuk melayan kerenah pemimpin-pemimpin UMNO apabila mereka telah membenarkan PKR # KL112 diadakan tanpa sebarang gangguan. Pihak polis juga sedar bahawa UMNO / BN akan kalah di PRU-13.

Rambut-rambut pemimpin UMNO akan bertukar putih apabila tiba masanya mereka kehilangan kuasa dan kehilangan segala-galanya ! Semua harta kekayaan yang mereka telah kumpulkan dan simpanan di dalam bank-bank di Switzerland akan dibekukan kerana Switzerland pasti akan membantu membekukan wang haram tersebut apabila kerajaan Malaysia yang baru mengemukakan permintaan bagi membantu kes-kes perundangan kelak.

“saya muatnaik dari: http://unofficialversion.wordpress.com/2013/01/23/pemimpin-pemimpin-umno-kini-tidak-keruan-kerana-mereka-akan-kehilangan-segala-galanya-selepas-pru-13/

semoga memberi kesedaran kepada semua.