Terbocornya Maklumat Ketenteraan Negara

Bhai… Kecoh dalam akhbar hari nih pasai Angkatan Tentera Malaysia sedang dalam proses untuk mendapatkan 4 transponder satelit bagi kemudahan komunikasi ATM… Dari satu segi … Gua memang stuju ATM memanfaatkan kemudahan satelit untuk tujuan komunikasi…

Yer la… Dulu pon kiter guna gak kemudahan satelit untuk komunikasi bagi ATM nih… Kiter ader guna kemudahan dari Inmarsat.. Cumanyer… Satu jer yang masih kiter bertelagah sejak dari dulu… Iaitu masalah berkaitan enkripsi (encryption). Gua pernah bagi presentation berkaitan enkripsi nih kat Mindef dulu.. Siap buat demo lagi camana nak bypass enkripsi… Dan tunjukkan aper yang enkripsi terbaik boleh buat…

Kiter menggunakan peralatan enkripsi yang dibuat oleh negara Eropah… Tapi sistem tue agak terbuka… Dan seperti mana lu orang sumer tau… Sistem Echelon milik US boleh pantau semua itu walaupun dienkripsi sebaik mungkin… Sistem Echelon nih jugak Israel ader akses…. Dan Singapura sebagai sekutu US yang kuat mesti senang ada akses…

So … Soalan sebenar yang gua nak bangkitkan nih aderlah… Usaha ATM nak memanfaatkan transponder satelit tue pada gua akan membahayakan lagi keselamatan negara… Sebabnya… Transponder itu disewa dari operator satelit swasta… Biasa satelit komunikasi macam MEASAT 3 ader beberapa unit transponder … 16 unit atau 32 unit… Satu transponder berfungsi untuk satu tugasan sahaja… Kalu uplink… Uplink la dier… Dier tak asynchronous…

Biler ATM sewa transponder tue… Hehehe… Peluang untuk musuh curi dengar (eavesdropping) adalah tinggi… Tambah lagi kalu kita sewa transponder dari syarikat asing.. Kenapa ATM tak manfaatkan sahaja kepakaran satelit tempatan yang boleh membangunkan satu satelit komunikasi murah berasaskan teknology Low Earth Orbit (LEO) yang mampu dibina, dilancarkan dan dikendalikan sendiri pada harga kurang dari RM50 juta… Dimana ianya juga boleh beroperasi selama 15 tahun….

Berbanding dengan menumpang sewa transponder komunikasi pada satelit swasta yang beroperasi pada kedudukan Geosynchronous Earth Orbit (GEO) yang memang la murah sedikit kosnya tetapi keselamatan maklumat tidak dapat dijamin. Macam MEASAT 3… Kalu lu ader duit lu boleh sewa transponder dari diorang pada kadar yang rendah… Tapi lu boleh percaya ka keselamatannya… Kalu ader orang boleh bayar untuk pintas maklumat keselamatan ATM nih amacam???

Gua sungguh tak paham… Dari segi keselamatan… Tindakan ATM nih seumpama menyerahkan keselamatan negara kepada entiti swasta… Bahaya wei…. Biasanyer angkatan tentera negara lain sanggup ader sendiri satelit… Dan takkan menyewa transponder… Sebab risiko keselamatan…

Oh yer… Harga kemudahan satelit yang gua bagitau tue aderlah harga biasa dalam pasaran… Tapi ATM yang terkenal dengan pembelian pada harga berkali ganda mesti akan bagitau kos untuk sewa transponder tue selama 15 tahun menjadi sekurang-kurangnya RM5 billion…. Hahahaha… Lawak siot… Walhal harga sebenarnya murah jer…. Hahahaha 

INI ARTIKEL CILUK 100% HASIL DARI KEPAKARAN GUA MENCILUK DARI SATELIT BAWAH TANAH.KREDIT UNTUK SAHABAT C++.

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2013/01/terbocornya-maklumat-ketenteraan-negara.html#ixzz2JRGbnGZ3