Semakin hari gua tenguk lu semakin terdesak lah Ah Jib Gor.Sama ada lu nak mengaku atau tidak itulah hakikatnya.Tidak kiralah berapa ratus kali lu turun padang kehulu kehilir menabur wang ringgit (pada gua tetap kelas rasuah) kepada rakyat dengan segala macam tok nenek terminalogi yang lu gunakan untuk menampakkan pemberian itu “iklas dan bersih” tapi ianya tetap kelihatan “plastik dan kotor”.Mungkin lu dan “penasihat penasihat bodoh” lu rasa teruja dan syok sendiri sebab rasa macam lu dah berjaya bodohkan rakyat untuk memenangi hati mereka tapi hakikatnya lu GAGAL MAKSIMA dan ini bakal lu ketahui jam 8-9 malam dihari pengiraan undi kelak.

Perkara yang sama pernah gua bagitau kawan kamcing lu si-mangkuk Pak Lah sebelum dia menghadapi PRU12 2008 tapi dia tak mahu percaya sebab masih syok sendiri dengan kemenangan landslide PRU11 2004 sebelum itu.Akhirnya dia “tersungkur” ditangga takhta Perdana Menteri yang kalau boleh tidak mahu dilepaskannya sehingga hari ini tapi apo nak dikato.Bukan saja mangkuk tu hilang kuasa tapi dia juga kehilangan MARUAH yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.Timbunkanlah harta Paklah yang berjaya “dirompak”nya selama menjadi Perdana Menteri tiada nilainya dengan MARUAH yang sudah tiada pada dirinya lagi.

Belum pernah dalam sejarah negara seorang Perdana Menteri begitu dibenci oleh lawan mahupun kawan dan si-mangkuk Paklah tu telah mencipta tradisi ini dan kini…legasi kebencian itu mula menjangkiti lu Ah Jib Gor.Walau apa yang lu cuba lakukan bagi mengubah “kebencian rakyat” itu,ianya masih belum cukup berjaya mengembalikan MARUAH yang telah tiada yang sekian lama diberikan oleh rakyat khususnya orang Melayu kepada seorang Perdana Menteri yang juga Presiden Umno yang merupakan parti yang menjadi “wadah” keberadaan Melayu selama ini.

Hari ini telah hilang haruman wangi bila menyebut “nama keramat” Umno,yang tinggal kini hanyalah bau bauan seakan bau bangkai yang busuk dan meloyakan.Salah siapakah semua ini terjadi?Salah Umno?

Mana mungkin Umno mahu dipersalahkan bila yang bertanggung jawap merosakkan wadah perjuangan Melayu ini adalah PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO sendiri.Kerosakan yang bermula secara kecilan di-era Tun Mahathir,kemudian menjadi rosak teruk dizaman Paklah dan dizaman lu Ah Jib Gor sepatutnya diperbaiki korasakan dimana yang patut,tapi tidak…Lu terus merosakkannya sama ada secara lu sedar atau dalam kelekaan yang tidak boleh ditegur.

Kalau esuk esuk ditakdirkan Allah Umno terkubur maka lu lah orangnya yang memacak nisannya bilamana Paklah bertanggung jawap menggali lubangnya sebelum ini.

Segala macam bala dan bencana yang menimpa Umno sejak zaman Paklah sehingga hari ini sedikit sebanyak ada kaitannya dengan DOA ORANG ORANG YANG TERANIAYA.Siapa mereka mereka ini?Lu orang pandai Ah Jib Gor lu fikirlah sendiri,kalau lu tak pandai takkan lu jadi Perdana Menteri.Jangan dek sebab bebal lu yang melantun lantun itu lu gagal melihat hakikat apa yang tersirat disebalik Kun Faya Kun Allah SWT selama ini dan mungkin selepas ini.

Bagi gua dan teman teman yang dah REDHO akan ketentuanNya sudah tiada apa yang kami rasakan sebagai kerugian.Apa sajalah yang “rugi lagi merugikan” kepada kami semua ini bilamana kami sudah tidak punya apa apa sejak 10 tahun lalu,semuanya hilang angkara Umno dan pemimpinnya saperti lu Bro.Tidak saperti lu dan kawan kawan lu “ahli kelab penyamun 1Malaysia” yang masih lalai dan leka dengan harta dunia yang tidak cukup cukup dikumpul..lu orang lah yang bakal merasakan “gila tak gila waras tak waras” bila semuanya nanti direntap dalam sekelip mata andaikata BN tersungkur ditakhta kuasa.Silap haribulan “resort” tempat Anwar pernah menginap dulu selama 6 tahun bakal menjadi tempat tinggal kekal lu orang semua sampai kehujung nyawa.Tiada yang tidak mungkin jika Allah SWT berkehendakkan ianya berlaku..

Bagi gua dan kawan kawan…

KAMI DATANG KOSONG…PULANGNYA JUGA PASTINYA KOSONG.

Ditambah pula kami dah 10 tahun mendahului lu Ah Jib Gor dalam ilmu “keperitan hidup” yang lu belum dan tak pernah lalui sebelum ini.

P/S : Ku Shah anak Almarhum Sultan Idris yang menumpang dirumah Uncleseekers hari ini pun tidak pernah menyangka bahawa kehidupannya suatu hari akan jadi lebih teruk daripada kehidupan rakyat marhaen yang pernah diperintah Almarhum ayahandanya.Tapi itulah Kun Faya Kun Allah Taala waima lahir dan dibesarkan di istana.So you better believe it Ah Jib Gor..