UPDATE 2:44PM
PENYERTAAN ADALAH PERCUMA

Sekali lagi Wadi Hussein dan pemiliknya Pak Habib akan menjadi tuan-rumah untuk HIMPUNAN BLOGGERS/FACEBOOKERS BERBAGAI ALIRAN SIRI II yang akan bermula sama ada pada 2hb atau 9hb March 2013 selama 2 hari(Sabtu dan Ahad).Tarikh sebenar akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Ini adalah kali kedua program menghimpunkan bloggers berbagai aliran (pro-BN,pro-PR dan bebas)  bakal diadakan di Wadi Hussein setelah kali pertama diadakan tahun sudah dimana ianya berjaya mengumpulkan hampir 60 bloggers/facebookers yang rata rata  pro-PR dan cuma ada 4 bloggers pro-BN yang berani hadhir termasuk APA waktu itu.

Habib Riziq dari Indonesia juga hadhir tahun lalu

Abu Nawas,Aduka Taruna,Jemming Hassan,Mat Saman Kati,Media Perak,
Manjung Mari,C++.Kerajaan Rakyat adalah antara nama nama besar pro-PR yang hadhir tahun lepas..

Sambutan dingin dari pengamal media pro-BN mungkin disebabkan mereka lebih selesa berselindung disebalik wajah blog masing masing tanpa mahu dikenal wajah sebenar mereka atas sebab sebab yang mereka sendiri tahu.Apa pun itu hak masing masing dan hanya mereka yang benar benar JANTAN sahaja yang dipelawa kali ini untuk turut serta.

Dalam perbualan aku dengan Uncleseekers semalam semasa singgah sebentar di Wadi Hussein,kali ini program program yang diatur lebih banyak dan lebih menarik dari siri I tahun lalu.Antaranya…

1.Menunggang kuda

2.Permainan paranormal baru disamping “bola-api” saperti yang pernah dimainkan.

3.”Live Band” untuk peserta melalak dari malam selagi larat (no time limit).jadi kepada yang nak tunjuk bakat apalagi?

4. Acara debat yang melibatkan pemimpin pilihan dari semua parti politik yang akan diundang oleh Pak Habib dan Uncleseekers untuk bersama semua peserta.Antara nama nama yang disebut semalam adalah Husam Musa,Rafizi Ramli,Lokman Nor Adam.Khairy Jamaluddin,Azmin Ali,Saifuddin Abdullah dan ramai lagi (bergantung siapa yang ada masa terluang dan berani hadhir).

5.Interaksi bersama 70 orang anak anak yatim yang akan diuruskan oleh pihak penganjur.

6. Unggun api dan B-B-Q disebelah malamnya.

7.Ini adalah program “santai” yang tidak terikat dengan apa apa aturcara bertujuan mengwujud dan mengeratkan siratulrahim diantara keluarga besar pengamal media walaupun berlainan ideologi politik masing masing dan selalu bertempur dialam maya.Inilah peluang untuk semua mengenali siapa yang insan yang sering menjadi “MUSUH” mereka dialam maya.Ada berani?

Makan malam tajaan Saufiville tahun lalu

Aku tidak nampak ada masaalah dipihak pengamal media pro-PR untuk bersama dalam program ini saperti yang berlaku tahun lalu,tapi aku masih ada keraguan terhadap pengamal media pro-BN yang setakat ini hanya mahu bermain didalam gelanggang kampung sendiri dan belum begitu berani berinteraksi dengan “musuh musuh” mereka dari PR digelanggang berkecuali.

ADAKAH BENAR BEGITU ?

Aku harap aku silap kali ini dan akan ada ramai penyertaan dari pro-BN,tapi biarlah yang dah ada nama dan bukan yang baru sehari dua dialam maya yang hanya akan dilihat sebagai PENGINTIP untuk meninjau apa yang bakal berlaku di Wadi Hussein dan melaporkan kepada boss masing masing.

Permainan bola-api paranormal..

Pihak penganjur memperuntukan 45 tempat untuk pro-BN,45 tempat untuk pro-PR dan 10 tempat untuk yang Bebas macam aku ini.

Kepada yang berminat sila hantarkan butir butir diri anda kepada azmiapa@gmail.com secepat mungkin.Penyertaan adalah terhad.

*** Aku cuma lupa nak tanya sama ada penyertaan ini PERCUMA atau ada YURAN minima yang bakal dikenakan.Nanti aku update bab itu…