Semua rakyat menantikan saat saat Parlimen akan dibubarkan oleh @NajibRazak yang dijangkakan bila bila masa sahaja diantara 22-25hb Feb yang akan datang dan aku tidak terkecuali..

Dihari @NajibRazak bakal membubarkan Parlimen,blog ini juga akan MELEDAKKAN BOM yang telah sekian lama aku simpan yang bakal mengiringi warna warni kempen pilihanraya kali ini saperti mukadimah yang aku paparkan dalam artikel bertajuk http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2013/02/siapa-malaun-bernama-hamdan-bin-dato.html semalam.

Mungkin persediaan JENTERA BN untuk menghadapi PRU13 nanti dilakukan hanya 2 atau 3 tahun lalu,tapi persediaan aku untuk menghadapi jentera BN andaikata JANJI DICAPATI telah aku lakukan sejak 8 tahun lalu.Jadi aku amat teruja untuk menguji kemantapan dan keberkesanan jentera mereka (maya atau nyata) jika ditakdirkan kami “terpaksa” bertempur…bukan atas dasar “pemusuhan” tapi lebih kearah PENGAJARAN!

Kita akan saksikan nanti SEORANG BLOGGER TUA menghadapi seluruh KETUMBUKAN JENTERA BARISAN NASIONAL BAIK YANG NYATA ATAUPUN YANG MAYA…tapi jangan lupa i have Allah Taala on my side.

Kah Kah Kah….it’s gonna be interesting to see the outcome.