Berilah apa pun alasan tok nenek yang kononnya membuat “Bekas-Bekas Panglima” ini menyokong Pakatan Rakyat dan tidak menyokong kerajaan untuk buat penyedap hati masing masing.

Tapi hakikatnya MINDEF gagal menjaga bekas bekas panglima mereka yang satu masa dahulu dipertanggung jawapkan menjaga “keselamatan dan rahsia” negara dari menyokong pembangkang.Dimana silapnya???

Kita bukan saja ada bekas bekas panglima dari ATM yang cenderung menyokong Pakatan Rakyat tapi kita juga ada bekas Ketua Polis Negara yang juga cenderung kearah yang sama dan ramai lagi bekas pegawai kanan polis yang melakukan perkara yang sama.

APAKAH SALAH IBU TAK MENGANDUNG BILA BAPAK DUK BALUN PUNGGUNG?

Bro Zahid….now lu story me.