Ada bran bro?

Update: 1:56 PM respon oleh @Khairykj
Ini printscreen jawapan serta merta @Khairykj terhadap artikel yang aku post kat
Page Kamikaze LiNe : BN vs PR..
korang tafsirlah sendiri apa maksud @Khairykj diatas

Himpunan Pengamal Media Janda Baik Siri II yang bakal diadakan pada 9 & 10hb March ini bakal menyaksikan satu PROGRAM SOAL JAWAP ala ala “debat” diantara wakil pemimpin TIGA tunggak parti politik orang Melayu iaitu Umno,Pas dan PKR dengan 100 pengamal media baik yang pro-BN,pro-PR mahupun yang Bebas.

Setakat hari ini Pas dan PKR telah menyatakan kesediaan mereka kepada pihak penganjur untuk  menghantar wakil mereka dan pemimpin yang dihantar mereka bukanlah calang calang orang…yang masih belum dipastikan adalah siapa yang bakal mewakili Umno untuk program soal jawap ini.

Menyaksikan beberapa nama yang mereka(Pas &PKR) senaraikan untuk dipilih pihak penganjur aku merasakan paling tidak Umno perlu menghantar Ketua Pemudanya @Khairykj Jamaluddin untuk medepani apa jua isu yang bakal dibangkitkan dalam sesi soal jawap ini kelak.

Buat masa ini aku belum lagi ingin mewawarkan siapa pemimpin Pas dan PKR “pilihan” pihak penganjur tapi aku nak bagi hint sedikit tentang beberapa individu dipihak Pakatan Rakyat yang mungkin menjadi pilihan….

Dipihak PKR seorang pemimpin muda yang kerjanya asyik melakukan pendedahan demi pendedahan tentang salahlaku pemimpin BN dan Umno dan dipihak Pas pula seorang pemimpin yang kuat memperjuangkan isu “royalti minyak” untuk Kelantan.Rasanya klue yang aku bagi itu sudah cukup untuk korang buat andaian…

Mungkinkah Rafizi ‘The Giant Killer’ akan diundang?

Jadi kini terpulang kepada Umno sama ada mereka mahu menghantar wakil mereka atau tidak?Dan jika mereka merasakan “penting” untuk seseorang setaraf @Khairykj Jamaluddin untuk hadhir menjawap setiap persoalan yang bakal dilontar terhadap kerajaan oleh para peserta maka tindakan segera wajib dilakukan Umno.Kalau tidak…pergi jahanamlah,aku peduli apa!

Apakah Husam Musa juga akan berpencak digelanggang Janda Baik?

Tapi harus diingat hampir semua blogger Top 20 Pakatan Rakyat bakal hadhir dalam program ini dan setakat artikel ini aku tulis belum ada “seputik” blogger pro-Kerajaan pun yang berani tampil kehadapan menyatakan kehadhiran mereka untuk program Janda Baik ini.Tak pasti aku kenapa…mungkin mereka telorless atau memang ada ARAHAN terhadap mereka untuk tidak menyertainya.Apapun harus diingat program ini bakal diadakan pada 9&10 hb March yang aku jangka waktu itu parlimen telahpun dibubarkan dan semua dalam “mood kempen pilihanraya”,maka jangan biarkan “serangan” tidak berbalas,“pantun” tidak disambut….kerana yang rugi akhirnya adalah Umno sendiri nanti.

Pihak penganjur juga telah bersetuju andaikata tiada sambutan dari pihak Umno maka 45 tempat yang diperuntukan untuk mereka akan diisi dengan PENGAMAL PENGAMAL MEDIA BEBAS ATAS PAGAR yang terdiri dari bloggers,facebookers dan tweetwerist.

So sahabat sahabat aku pro-Kerajaan….dont say NO! NO! NO !

P/S : Agak agak kalau Husam turun berpencak di Janda Baik,bloggers yang mana yang GUARANTEE takkan berani turun?

Yang betul menjawap akan menang hadiah Penginapan 2hari 1malam di Wadi Hussein Janda Baik 9&10 hb March…makan tanggung berak cangkung,Hik hik hik..

UNTUK ARURCARA PROGRAM SILA KLIK  uncleseekers – v2