Semalam semasa menghadhiri Ceramah Isu Semasa yang dianjurkan Umno Bahagian Ampang aku terjumpa dengan sahabat ini.Sahabat ini mungkin PEMINAT NO.1 @NajibRazak dan “janji” yang dibuatnya….Waallahu’alam.

Apapun aku tertarik dengan karektor sahabat ini dan sempat merakam beberapa aksi beliau.Mungkin masa PAU nanti dia boleh duduk dibarisan hadapan Dewan Merdeka dan nangis nangis…mana tahu boleh dapat gelaran “Datuk”…

Aku tak tahu siapa sahabat ini tapi aku perhatikan tiada siapa pun yang memperdulikan dia walaupun kuat dia mengAMINkan doa yang dibaca Dato Zainal Sakom.Mungkin kalau @NajibRazak ada dan tiba tiba berkenan lak kat sahabat ini,aku pasti satu Ampang akan layan dia macam HERO.Tapi biasalah…selagi PM tak minat tak ada siapa yang berkenan….