Selama ini blog aku ini cukup hebat menghentam kepimpinan @NajibRazak.Mungkin atas sentimen “pengkhianatan Paklah dan Umno” yang dilakukan terhadap aku selama ini menjadi ‘kengkangan” kepada aku untuk melontar sokongan all-out aku terhadap @NajibRazak selama ini.

Tapi…

Kembalinya PI BALA baru baru ini memberi aku satu “keinsafan dan kesedaran baru” bahawa @NajibRazak WAJIB aku bantu dan aku sokong demi kesinambungan survival Bangsa Melayu dan mengenepikan sentimen “peribadi” aku selama ini.

Aku melihat “SERANGAN” terhadap @NajibRazak datang bertali arus dengan perancangan yang amat teliti dari musuh musuh beliau dari LUAR dan sama banyaknya juga musuh beliau dari DALAM.Siapa musuh @NajibRazak dari dalam biar aku seorang saja yang faham sudahlah…

Jadi…

Mulai hari ini aku menyatakan SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAHAGI aku kepada @NajibRazak dan Umno dan akan membantu beliau dan Umno untuk menghadapi apa jua “halangan”,”rintangan” dan “musuh” beliau,baik yang berada diluar kerajaan mahupun yang duduk bersama beliau dalam kerajaan dan parti.

Marilah kita bersama sama memberikan beliau MANDAT PERIBADI yang sangat sangat diperlukan beliau selama ini dalam PRU13 nanti,sebab aku kira sudah cukup ‘penganiayaan” yang beliau hadapi terpaksa memerintah negara dengan “MANDAT PAK LAH DAN PARASIT PARASIT WARISAN PAK LAH” selama ini.

Belum pernah dalam sejarah negara seorang Perdana Menteri diwariskan dengan kerajaan yang begitu bermasaalah dengan “kabinet” yang bermasaalah saperti yang diwariskan kepada @NajibRazak oleh Paklah.Jadi adalah ADIL jika kita memberi beliau peluang untuk memerintah dengan “Mandat dan Kabinet” pilihan beliau sendiri untuk melihat potensi sebenar kepimpinan beliau.

Mulai hari ini gua bersama lu bro…