Presiden JMM,Pengerusi Waris Malaya dan Ahli Syurah Tibai ketika
diwawancara media diakhir bantahan.

Petang tadi NGO Jaringan Melayu Malaysia,Waris Malaya,Tibai dan beberapa NGO lain telah mengadakan demonstrasi dihadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di Tropicana.Mereka menuntut Tian Chua memohon maaf atas KEBIADAPAN nya terhadap korban Lahad Datu dan mengutuk apa yang disifatkan sebagai “konspirasi” Anwar Ibrahim berhubung isu Pencerobohan Lahad Datu.

Kemuncak kemarahan mereka maka secara simboliknya mereka menghadiahkan TELOR untuk Tian Chua dan Anwar Ibrahim yang dianggap TELORLESS atau tak ada telor untuk menghadapi mereka secara berdepan.

Lagi gambar gambar sekitar bantahan…

Hujan lebat menyambut kedatangan kami 

Jadi pekena teh dulu sementara tunggu hujan berhenti..

Antara peserta demo yang berkumpul berhampiran Pejabat PKR

Presiden JMM berbincang sesuatu dengan Presiden Waris Malaya

Nyonya pemberita suratkhabar Cina tengah korek rahsia…

Melayu kalau dah lilit kepala dengan kain merah berKalimah Allah
dah jadi lain…so jaga jaga sikit

Salah seorang “panglima” yang turut serta

Pemandangan pejabat PKR dari tempat peserta berkumpul

Memang biadap !

44 tahun lalu mereka ini pernah melilit kain merah dikepala mereka…

Hapuskan Pengkhianat Negara…
SIAPA?

Antara pengamal media yang berada disana tadi.

Dua orang WIRA yang senantiasa kehadapan…

Peserta mula bersedia bila hujan reda…

Kumpulan motorsikal baru tiba…

Bersedia untuk ke pejabat PKR

Ahli Syura TIBAI memberi arahan terakhir..

Mula berarak…

‘Hero Hero’ Anwar yang bersedia menanti…

Berbaju petak biru tu langsi…
Tapi bila telur datang beterbangan dia dulu lari tak cukup tanah..

Kakitangan pejabat PKR yang memerhati dari dalam…

Peserta tiba dihadapan pejabat PKR..

Tak lama selepas gambar ini aku rakam adik adik ini terpaksa lari kerana…

Peserta bertambah marah bila ada yang cuba jadi ‘hero’..
Siapa?
Nanti aku tunjuk dibawah….

Nampak tak sisa sisa telur yang dibaling peserta..

Cicak mengkarung inilah (mamat paling hadapan) yang melakukan
provokasi sehingga menimbulkan kemarahan.

Aku salute kat brother baju kuning ini walaupun dilontar telur bertalu
talu dia tetap cool dan berjaya mengawal emosinya..

Mandi telur brother kita ini…

Mengkarung ini pulak yang lebih sehingga aku terpaksa minta anggota
polis yang ada disitu untuk membawa dia jauh dari situ supaya
tidak berlaku perkara yang tidak diingini..

Peserta beredar dari pejabat PKR dan kembali ketempat mereka
berkumpul sambil makin ramai anggota polis yang turun mengawal.

Selepas bantahan selesai…tiada harta yang rosak kecuali sisa telur yang tinggal.
Ada portal pembangkang melaporkan papantanda pejabat PKR pecah 
tapi ianya suatu pembohongan.. 

Anda nampak tak papantanda itu?Aku tunggu sebelah sana spin giler
bab ini sebelum aku keluarkan gambar papantanda itu selepas selesai bantahan.

Anggota dan pegawai yang mengawal keadaan

Sidang media oleh penganjur sebelum bersurai

Sambil diperhatikan pihak polis dari jauh…

Bantahan bersurai…

Azwandin berhenti sebentar berjumpa dengan peserta yang lewat tiba
disebabkan hujan lebat dan tersesat jalan…