Pak Habib dan Dato Husam Musa diakhir sessi
(Banyak lagi gambar gambar Dato Husam dihari terakhir akan aku siarkan nanti)

Himpunan Bloggers/Facebookers Janda Baik Siri II telah selamat berlangsung pada semalam  9hb dan hari ini 10hb…Alhamdulillah.Program ini berlangsung saperti yang dirancang dan amat meriah sekali bagi para bloggers dan facebookers yang hadhir walaupun aku satu satunya bloggers pro kerajaan yang hadhir untuk himpunan ini.
Walaupun diawal program aku berkeyakinan paling tidak akan ada 30 bloggers dipihak Umno yang bakal hadhir tapi akhirnya AMAT MENGECIWAKAN aku dan pihak penganjur.Apatahlagi bila bercakap pasal penceramah dari Umno untuk sessi soal-jawap memang hampeh!Aku jemput KJ cara baik dia jawap,“Ada aku kisah..”,sedangkan Dato Husam Musa sanggup turun luangkan masa walaupun dia lagi sibuk sebagai Naib Presiden Pas.
Alasan SIBUK sebab banyak proram menghadapi PRU13 ini oleh bloggers dan penceramah Umno tak boleh blah sebab kalau korang SIBUK ,apakah yang hadhir dalam program ini tak sibuk macam korang?Aku cuma nampak ada DUA alasan sahaja yang buat korang semua tak datang…1.Memang kerana korang semua TELORLESS 2.Sebab korang mungkin tidak nampak kepentingan program ini..period!
Nasib baik Umno masih ada spesis yang berTELOR macam aku….
AKU SIARKAN SEMUA GAMBAR YANG SEMPAT AKU RAKAM DARI MULA HINGGA TAMAT PROGRAM DALAM BEBERAPA PART UNTUK MEREKA YANG HADHIR AMBIL DENGAN KEBENARAN.

Meja pendaftaran peserta

Sessi latihan band Unplugged

Aku selak kangkang kucing ini untuk memastikan dia ada telor..
Memang confirm ada TELOR celah kangkang kucing ini..

Akhbar Buletin Rakyat FOC untuk peserta yang hadir.Aku bakal
menulis secara tetap dalam akhbar ini atas jasa baik Pak Habib.
Terima kasih Abah…

Tenaga tenaga penggerak program ini

Lagi tenaga penggerak…
Buffet makan tengahari ala kampung menanti kedatangan peserta

Amrayy sedang menyediakan buah kelapa untuk
permainan “Bola Api” sebelah malamnya…

Abah aka Pak Habib baru tiba..

Abah memastikan semua persiapan saperti yang sepatutnya..

Abah menanti kehadhiran para peserta..

Ku Shah pun ada bersama…

Amin….

Masakan ala kampung yang memang lazat.Mana aku tahu?
Tentulah aku tahu sebab aku dulu yang belasah…

Peserta peserta mula tiba..

Antara bloggers/facebookers yang awal mendaftar…

Facebooker dari Sabah..

Ini bukan Abu Nawas tapi adik kembar dia…
Abu Nawas dikatakan tengah berjuang menentang “Penceroboh Sulu”..kah kah

Siap bawa anak anak sekali…demi hadhir

Para peserta menjamu selera…

Peserta yang baru tiba mendaftar diri

Anak anak yatim yang turut dijemput makan tengahari

Aku tertarek dengan pose anak kecil ini….

Perhatikan apa material yang dibaca anak anak ini..

Dah kenyang kira nak layan mata sementara menanti program
sebelah malamnya.

Ini Habib anak Uncleseekers.Korang percaya tak budak
umor 16 tahun ini pendapatannya USD2 ribu sehari?

Band sedang practice untuk acara sebelah malamnya..

Zelmey tunjuk bakat nyanyiannya..

Aku tak berapa kenal dia ni..tapi katanya orang PKR

Sahabat kita ini boleh main apa saja instrumen…
Dia punya seruling tangkap nangis…

Kambing golek untuk hidangan sebelah malamnya…
3 ekur kambing beb,bukan seekur…

Yang tak hadhir ambil “elaun tenguk” sajalah…

Sebelah petangnya peserta dijamu “Mee Sup Tulang”

Balut apa tu beb..?

Father & Son 

Sahabat ini panggil diri dia “Paparazi”

Lawak giler mamat ini yang menyerikan dua hari kami 
berkampung di Janda Baik dengan telatah dia…

Renungan seorang bakal jutawan muda…

Paparazi dengan aksi gila gilanya…
Pasangan ini walaupun isterinya agak sarat mengandung tetap
hadhir dan tak pernah miss setiap sessi…

Ku Yah dan suaminya..