Sambungan dari Part 2….

Selepas makan malam meraikan bloggers/facebookers bersama anak anak yatim dan tahfiz maka acara program bermula dengan rasminya dengan para peserta dihiburkan dengan live performance oleh “The Captains” kumpulan unplugged dari salah satu resort di Janda Baik.Peserta bukan sahaja diperdengarkan dengan lagu lagu kumpulan ini bahkan peserta juga turut boleh menyanyi jika mahu dan yang paling mencuit hati bila Pak Habib yang sporting naik kepentas menari irama Melayu dengan pelancung asing yang kemudian diikuti oleh para peserta.(Video diakhir artikel ini)

Sambil dihiburkan oleh kumpulan ini “tanglung udara panas” dilepaskan dan begitu cantik menghiasi ruang udara Wadi Hussein waktu malam.Kemudian live band berihat sebentar untuk acara “Firewalking”,”Fireball Paranormal” dan “Bola Api Kami Sayang PM” yang dikendalikan oleh Uncleseekers dan Zelmey.Selesai acara ini peserta kembali kepentas utama menyambung sessi “melalak selagi mahu” dan “membakar jagung”.Aku hanya termampu menunggu sehingga jam 3:30 pagi sebelum hanyut dalam dengkuran dingin Janda Baik.Belum pernah dalam sejarah penyanyi surrender sebelum band surrender…

Kakitangan TNB yang kebetulan berada di Wadi Hussein disambut Pak Habib

Tanglung terbang

Yang ini tak sempat take-off

Abah memerhatikan dengan penuh minat

Up up and away…

Pak Habib dan tamu yang sporting

Terkehel tengkuk mat salleh ini semua…

Mat Salleh ini semua boleh berbahasa Melayu…jangan terperanjat

Sessi bergambar beramai ramai

“Kerajaan Perpaduan” diwakili APA dan Abu Nawas…keh3

Zelmey tengah mengayat lah tu…

Telatah dua beranak….

Berapa ramai ayah diluar sana yang menganggap anak anak sebagai kawan?

Sambung balik…

Ini tarian Kungfu Fighting dari Sabah…

Bersedia ditapak “permainan paranormal”

Untuk firewalking..

Uncle menerangkan peraturan permainan

Kumpulan sorak paranormal

Aku suka sangat dengan budak ni..

Ada gak pemain import…

Sessi firewalking…

Abu Nawas in action

Adik kecil ini pun no hal…

Kautim….

Bersedia untuk “Fireball”

Zelmey memberi arahan…

Pemain import ini akan mengetahui betapa gilanya orang Melayu..

Before…bulu lebat.
After…kita fikirlah sendiri

Yang ini tak berani nak join

Tu dia bola api dinyalakan…

Sepak mula…

Permainan bermula…

Berani gak Mat Salleh ni…

Ini dia piala rebutannya…

Tenguk kaki kanan Mat Salleh tu…bulu dah hilang

Ini penalty shoot-out sebab seri 3-3

Ada berani keeper tangkap bola api ini?

Bersedia untuk game “Bola api I love PM”..
Kali ini kena guna tangan dan tak boleh guna kaki…

Game bermula

Akhirnya pemenang kedua dua game ini adalah…

Team Abu Nawas…

Tapi sebelum terima trophy kena angkat bola api ini dengan tangan…

Gua caya lu lah Abu Nawas

Baru boleh ambil trophy

YAB Abu Nawas Perdana Menteri
Kingdom Of Abu Dapur

SAKSIKAN VIDEO ABAH MENARI. DENGAN AKU SEKALI PUN TERJEBAK…
HA HA HA