Sessi disambung semula selepas makan tengahari dan dimulakan dengan Pak Habib menghadiahkan dua buah buku terbarunya kepada siapa yang tidak mampu membeli dan kepada siapa yang mampu disarankan membayar untuk memilikinya.Kerana sifat semula jadi kita jarang menghargai apa yang kita perolehi secara percuma.Sambil menanti kedatangan Dato Husam Musa,Pak Habib menyambung bebelan dia mengenai perlu dan pentingnya kita manusia ini meninggalkan sesuatu selepas kita kembali kepangkuan Ilahi.Harimau mati meninggalkan NAMA,manusia mati meninggalkan BELANG.(terbalik ya..?)Takpe kat University Of Life semuanya terbalik..kat sini kita semua luarbiasa dan bukan biasa biasa je…
Sessi interaksi dengan Dato Husam Musa yang paling menarik dan ditunggu tunggu sebelah petangnya.Memandangkan Umno tak berani/tak kisah nak hantar “wakil mereka” maka sessi ini jadi ‘one-sided’ dengan Husam menjawap persoalan persoalan yang dilontar peserta terutamanya dari YAB Perdana Menteri Unilife yang baru dilantik sebelah malam nya Abu Nawas.Paling mengharukan aku  bila mereka (Husam dan peserta) membincangkan strategi untuk mendepani “pengamal media pro-BN” dihadapan aku tanpa sedikit rasa curiga aku bakal membocorkan “rahsia” mereka.Begitulah tingginya “nilai kepercayaan” yang terbentuk hasil dua hari berkampung di University Of Life dan itulah MATLAMAT program ini yang GAGAL difahami oleh bloggers/facebookers pro-Umno/BN setelah 2 siri telah dilangsungkan.Bagaimana Umno nak merialisasikan Kerajaan Perpaduan Umno-Pas bilamana pengamal media Umno sendiri ENGGAN berpadu dan bersatu dengan sebelah sana dalam jalinan siratulrahim?
Himpunan kali ini diakhiri dengan majlis minum petang sebelum peserta berpisah dan pulang ketempat masing masing dengan membawa seribu kenangan dan ilmu yang ditimba selama 2 hari berkampung di Janda Baik.Dato Husam pula tidak melepaskan peluang menjelajah Taman Hana sambil ditemani Abah dan diberi peluang menikmati buah ciku “Australia” yang memang enak sebelum hujan turun dengan lebatnya saperti menangisi perpisahan ini.
Sehingga berjumpa dilain kali dalam SIRI III (ada ke Siri III sebab Uncle pun dah tak mau nak buat lagi) jika dipanjangkan umur dan dipermudahkan urusan.

Tanda mata hadiah dari Pak Habib

Dato Husam baru tiba…

Menjawap apa yang perlu sebelum naik kerumah

Langkah panglima…yang ada telor

Disambut oleh Pak Habib dan peserta

“Nanti saya off phone dulu Pak Habib”..sebab Husam tau sangat
Abah pantang masa berkongsi ilmu phone menganggu…

Ok i’m ready when you are…

Mendengar persoalan yang dilontar peserta sebelum menjawap…

Mula menjawap…

Zelmey baru sampai bersama…Uncleseekers

Muka lalok baru bangun tido…

Bergurau dengan Pak Habib

Teliti mendengar apa yang dikatakan Abah

Ini kali pertama aku lihat Uncleseekers berada dalam sessi yang Abah kendalikan.
Pasti ada sesuatu yang penting yang akan ditanya Uncle kepada Husam..

Uncle mula bertanya….

Husam tekun mendengar…

Sessi soal-jawap tamat

Akhirnya terlelap hero ini selepas 2 hari aktif….

Amrayy dan Ku Yah pun tak mahu melepaskan peluang bergambar

Yang ini pun tewas….

Pak habib menghadiahkan buku terbaru beliau…

Sempat bergurau sebelum berpisah…

Penyampaian hadiah untuk pemenang

Amboi…banyaknya medal dia ni dapat.

Pingat emas warna perak….

Pingat emas untuk ketua komunis…

Disertai dengan hamper…

Ini pingat untuk pertandingan meraba telor…ada ke takde terang Zelmey.

Sebeban pingat kena ambil sebab ahli kumpulan pulang awal…

Hamper dari Uncleseekers buat Dato Husam..

….dan buat Abah juga dari Uncle

Husam bergambar bersama keluarga Pak Habib…

Menjelajah Taman Hana..

Pak Habib memetik “ciku Australia” untuk diberikan kepada Husam

Husam : “Macam mana makan buah ni..? “
Abu Nawas : “Saya pun tak pasti Dato sebab saya hanya makan buah da…”

Lagi ciku yang sampai…

Husam pelik tenguk buah “Cannonball” dari Amazon.

Akhirnya Pak Habib memberikan anak benih untuk dibawa balik ke Kota Bharu

Dalam hati Husam….”Berapa lama agaknya nak jadi buah macam tu…?”

Abu Nawas mengucapkan pamit sebelum berambus balik Penang…

Unilife….

Tak sah kalau tak bergambar disini kalau berpeluang sampai kesini…

Minum petang…ubi rebus kelapa,keledek rebus,goreng pisang dan nescafe panas.
Cunnnnnn….

Paparazi menghiburkan Husam sambil minum petang..

Hujan tiba tiba turun dengan lebatnya saperti mengerti kesedihan perpisahan
himpunan ini…

Salam perpisahan…

Pak Habib bersedia dengan payung untuk menghantar Husam kekeretanya…

 

SELAMAT TINGGAL DAN JUMPA LAGI.