Aku pesan dengan Norashman suruh sampaikan salam pada bapa dia
dan bagitau yang dia dah berjumpa dengan Blogger APA secara peribadi dan berbual
walaupun bapa dia tak pernah sepatah haram bercakap dengan aku…

Semalam Norashman Najib anak kepada Perdana Menteri kita @NajibRazak membuat kejutan di Cravencafe bila dia singgah disitu untuk bermesra dengan pengunjung yang melepak disitu.Walaupun agak terlewat dari masa yang dirancangkan tapi dia tetap singgah seperti yang dijanjikan.

Memandangkan dia singgah dikandang aku maka aku mengambil kesempatan minta dia menyampaikan salam aku kepada bapa dia.Norashman ini aku lihat orangnya peramah dan dari raut wajah dia nampak keiklasan dan budi bahasa yang boleh dibanggakan.Ini mengingatkan aku akan @NajibRazak sewaktu beliau mula mula terjun ke arena politik negara suatu masa dahulu.Tapi kini wajah ceria itu dah hilang dek seribu satu macam tekanan dalam mengharungi kehidupan sebagai orang politik apatahlagi sebagai Perdana Menteri.

Apapun kepada Bro Norhashiman terima kasih kerana sudi singgah…

Ini bukan “teknik baru” aku paste gambar kat sini,cuma kuota album aku dah maksima dan kena renew balik(kena bayarlah).Jadi korang boleh KLIK kat imej ini untuk gambar lebih jelas dan besar.