Malam tadi telah berlangsung program wacana anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UIAM dan Ikatan Persahabatan Siswazah Profesional (IPRISMA) yang bertajuk PRU 13: HARAPAN MALAYSIA.Ahli ahli panel terdiri daripada Tun Faisal Exco Pemuda Umno Malaysia,Dr.Mazlee Malik Penganalisis Politik dan Pensyarah Kanan UIAM,Dr.Yusri Mohamad Presiden Islamic & Strategic Studies Institute (ISSI) dan Dr.Zabidi Marzuki Pas di Dewan Beringin Taman Seri Gombak.
Moderator wacana ini adalah Sdra Muhamad Kamil Exco MPP UIAM dan program ini dirasmikan oleh Adun Batu Caves YB Amirudin Shaari.Program dilangsungkan dalam keadaan tenang tanpa ada insiden boo mengeboo sewaktu setiap ahli panel melontarkan pendapat dan pandangan masing masing,bahkan setiap pandangan bernas diberikan tepukan oleh para pelajar yang hadhir.
Aku amat bangga dengan cara Tun Faisal mengupas setiap isu dan persoalan yang dilontarkan dengan bersahaja menghadapi majoriti pelajar pro-mahasiswa yang hadhir.Diakhir program aku memasang telinga diluar dewan mendengar komen komen positif para pelajar yang hadhir,yang rata rata memuji cara Tun Faisal menangani setiap persoalan yang dilontar kepadanya terutamanya berhubung isu Pembunuhan Altantuya.Tahniah Tun Faisal.
Anda boleh ikuti video wacana ini nanti di Amrayy Lensa Assault.
Tun Faisal baru tiba…

Amrayy,Brasco dan Joy

Tun Faisal disambut para pelajar dan urusetia program

Minuman ringan bersama ahli panel lain sebelum program bermula

Antara para pelajar yang awal tiba…

Pelajar muslimat UIAM

Adun Batu Caves baru tiba

Diikuti oleh ahli panel

Ucapan alu aluan dari pengacara majlis

Bacaan doa selamat sebelum wacana dimulakan

Ucapan perasmian oleh Adun Batu Caves

Ahli panel bergerak mengambil tempat diatas pentas

Moderator memulakan wacana dengan memberi sedikit penerangan.

Tun Faisal diberikan penghormatan memulakan bicara

Kelibat Adam Adli juga kelihatan didalam dewan..

Antara buku buku yang dijual diluar dewan

Sessi soal jawap bermula dan pelajar ini melontar beberapa soalan 
kepada Tun Faisal teramasuk soalan bonus tentang Pembunuhan Altantuya.

Tun Faisal mendengar dengan teliti…
Jawapan Tun Faisal boleh diikuti dalam video nanti..

Aku sempat bergambar dengan Adam Adli sambil mempromo
majalah POSTO!

Diakhir program ramai pelajar yang mengerumuni Tun sama ada untuk
pencerahan lanjut atau sekadar bergambar

Walaupun ahli panel lain dah memulakan sessi kita minum dulu…

Masih belum boleh kemeja minuman ringan..

Baru dapat duduk…

Pelajar muslimat UIAM yang teringin nak bergambar dengan Tun Faisal tapi malu malu..

Adam Adli…