Adalah menjadi perkara biasa apabila sesebuah organisasi koperat menjadi mangsa serangan kumpulan kumpulan yang mempunyai kepentingan atau mereka mereka yang menginginkan sesuatu jawatan didalam badan koperat kerajaan, terutamanya jawatan jawatan tertinggi.

Ini tidak terkecuali dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jika sebelum ini badan koperat ini diserang dari sudut perlaksanaan tugas dan pengendalian kenderaan awam, kini sudah berjangkit kepada soal politik merebut jawatan sahingga timbul isu fitnah menfitnah dan ‘tikam belakang’.

Oleh kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di terajui oleh orang politik dan bekas menteri kabinet, Maka tidak hairan jika kekalutan didalam SPAD ini adalah angkara politik juga (mengikut jangaan).

Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar adalah merupakan seorang ahli politik Malaysia dan bekas Menteri Dalam Negeri (2008-2009) dan merupakan ahli Parlimen Kota Tinggi. Beliau pernah bekerja di bawah tiga Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain mendepani isu isu permit teksi dan isu perkhidmatan pengangkutan awam yang sering di mainkan dan diracuni oleh pembangkang, difahamkan SPAD mererima hampir beribu aduan dari penguna terhadap mutu pengangkutan awam terutamanya teksi, SPAD juga tidak kurang hebat di godak dari dalam badan koperat itu sendiri.

Kemungkinan permasalahan yang timbul itu ada kaitannya dengan suasana politik hari ini. Benarkah ianya berkaitan dengan politik?.

Saperti kita sedia maklum Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar, adalah merupakan ahli Parlimen Kota Tinggi (BN) dan dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat pada 3 Jun 2010. Sebaik sahaja Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di tubuhkan dan diletakkan di bawah pengawasan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak.

Kemungkinan berlakunya perebutan ‘tempat’ bagi kerusi Parlimen Kota tinggi maka penyandang kerusi tersebut perlu di singkirkan, oleh kerana perkhidmatan Syed Hamid sebagai wakil rakyat di Kota Tinggi amat memuaskan hati dan di senangi oleh warga tempatan dan sukar dinafikan, maka cara lain untuk memburukan dan menjatuhkan beliau adalah melalui SPAD yang beliau terajui sekarang ini, menumpang kekalutan yang sudah sedia di mainkan oleh pembangkang.

Serangan tidak di tumpukan hanya kepada Syed Hamid sahaja, tetapi melibatkan orang orang utama di sekeliling beliau.

Terbaru ialah tuduhan yang dilemparkan kepada Tan Sri Syed Hamid bersama CEO (SPAD) Mohd Nur Ismail kononnya menyembunyikan aduan gangguan seksual yang membabitkan pekerja badan koperat itu.

Dan orang di tuduh pula dikatakan adalah kroni kepada Tan Sri Syed Hamid, tertuduh juga dikatakan tidak mempunyai kelulusan yang setimpal untuk menduduki kerusi tertinggi didalam SPAD.

Mereka juga menuduh bahawa kenaikkan pangkat orang yang di tuduh adalah kerana beliau rapat dengan Tan Sri Syed Hamid Pengerusi SPAD.

Ini lah isu yang sedang berlegar dan bermain di sekitar blog pembangkang mahupun blog pro kerajaan, walaupun kesannya kepada umum tidaklah sejauh mana, kerana ianya hanya melibatkan isu dalaman sahaja.

Yang agak musykil sedikit bila mana ada blog pro kerajaan sendiri bermain dengan isu ini kononnya memetik kenyataan Perdana Menteri yang menyebut ” Zaman kerajaan serba tahu sudah berlalu, bahkan banyak kes yang boleh disembunyi sekarang ini sangat mudah terlerai”. Seolah olah apa yang berlaku di SPAD cuba disembunyikan dari pengetahuan umum.

Baik, dalam isu ganguan seksual ianya benar benar tidak ujud hanya permainan dari mereka yang cuba menjatuhkan pihak yang di tuduh kemungkinan atas rasa ‘sakit hati’, perkara biasa yang berlaku dimana mana badan koperat yang besar, tikam menikam dan cantas mencantas adalah perkara biasa.

Perkara yang perlu diteliti ialah jika benar adanya berlaku gangguan seksual semasa bertugas oleh sesaorang apa tah lagi melibatkan pegawai atasan dan tertinggi, pertamanya sudahkah pihak majikan (pengurusan) mengeluarkan ‘Surat Tunjuk Sebab’, kemudian disusuli dengan pangilan Domestic Inquiry (Siasatan Dalaman) bagi tujuan siasatan jika terdapat ‘keraguan’ jawapan dari kedua pihak baik tertuduh dan yang membuat tuduhan.

Dan disusuli dengan laporan polis bagi tujuan siasatan dan pendawaan di makamah.

Setakat ini tiada satu pun laporan bersurat bagi tujuaan, agar satu siasatan dalaman dijalan bagi tujuan menyiasat aduan prilaku dan pertuduhan gangguan seksual “Sexual harassment”.

Tetapi apa yang berlaku didalam SPAD ialah mereka telah menjatuhkan hukuman pada tertuduh sebelum ianya dibiacarakan, seoalah olah perkara tersebut benar benar berlaku, sedangkan tiada disertakan dengan satu pembuktian pun.

Kemungkinan tertuduh ada melakukan ‘teguran’ atau menegur pakaian sipolan atau sipolan yang agak ‘sexy’ atau cantek, potongan badan menarik tanpa menyentuh secara fizikal, jika teguran sebegini dianggap telah melakukan gangguan seksual, maka yang ditegur harus berpakaian sopan, tidak mejolok mata dan tiada unsur mengalak untuk menjadi perhatian umum.

Jika begitu setiap orang yang menaikki kenderaan awam dan bersesak sesak saperti didalam bus akan sentiasa terdedah kepada tuduhan gangguan seksual kerana mereka tidak boleh menutup mata dari melihat ‘ketonjolan diri’ dan melindungi diri dari bergesel satu dengan lain yang kemudian di panggil ‘mangsa’.

Jalan mudah untuk tidak di ganggu maka berpakaianlah dengan sopan dan ikut adab budaya kita sebagai rakyat Malaysia.

Akhirnya yang dituduh di malukan pula kononnya hanya berkelayakan SPM sahaja dan tidak layak untuk menduduki kerusi Ketua Jabatan Komunikasi di SPAD. Tetapi kelayakkan sebenar dan pengalaman yang di tuduh tidak pula mahu disebutkan.

Nampak sangat didalam isu di SPAD ini, seolah olah ada rencana dari pihak tertentu, mungkin pesaing politik kepada Tan Sri Syed Hamid yang mahu menjahanamkannya atau ada berlakunya perebutan ‘kerusi panas’ di SPAD dan tertuduh yang kononnya berkelulusan SPM sahaja menjadi ‘mangsa’ kerakusan kuasa.

Kita tidak tahu siapa sebenarnya yang hendak mereka jatuhkan, Kroni atau Tuan kepada Kroninya.

Baca lagi…

http://ob21.net/?p=4633 (Ob21.net)

http://www.selangordaily.com/?p=7912 (selangor daily)

http://www.tribunerakyat.net/?p=1744 (My Malaysia Tribune)