Hari ini dunia siber digemparkan dengan cerita @Papagomo disaman Anwar Ibrahim RM100 Juta DISINI gara gara kononnya blogger ini menyiarkan gambar terbaru seorang lelaki yang dikatakan “mirip” Anwar Ibrahim dalam aksi GAY.

Disebelah sana para troopers siber mereka meraikan tindakan SAMAN ini dengan begitu gembira setelah sekian lama Anwar Ibrahim dicabar Papagomo untuk menyamannya gara gara pendedahan video China Doll tidak lama dulu.Tidak kurang juga yang sebelah sini pun ada yang turut meraikannya juga kerana walaupun duduk dalam satu kapal kerapkali juga berlaku pergeseran antara mereka dan Papagomo…dan aku tidak kecuali.

Tapi harus diingat walaupun aku kerapkali bertelagah dengan Papagomo terutamanya dalam mempertahankan Tun Faisal dan Unit Media Baru(UMB) dan pernah ditumbuk oleh Papagomo dalam satu insiden tidak berapa lama dulu…SEDIKIT PUN AKU TIDAK MENYIMPAN RASA DENDAM…Lillahi Taala.

Bahkan menerima berita Papagomo disaman disaat saat ini hanya menimbulkan SIMPATI dan MARAH aku sebagai salah seorang ahli dalam suatu KELUARGA BESAR PENGAMAL MEDIA BARU sama ada pro BN atau pro PR!

Berapa ramai yang seberani @Papagomo dalam hal yang sebegini?

Itu soalan yang patut kita tanya pada diri setiap dari kita yang memanggil diri kita “Pengamal Media Baru” berbagai platform dan ideologi politik yang ada hari ini.Tak kiralah kalau kita menggelarkan Papagomo sebagai “blogger porno”,”blogger lucah”,”blogger fitnah” dan apa saja gelaran yang nak kita beri kepada beliau…soalnya…?

Berapa ramai bloggers yang ada KEBERANIAN untuk melakukan apa yang telah dan sedang dilakukan Papagomo sebagai blogger?

Hampir tiada…

Sebab apa…?

Pastinya atas risiko takut DISAMAN sapertimana yang dilalui Papagomo sebelum dan sekarang ini.Sebab kita semua TAHU dan AKUI walau serapat mana kita dengan PEMIMPIN UMNO dan dijaga mereka selama ini tapi bila berlaku sesuatu terhadap kita terutamanya yang melibatkan SAMAN jutaan RM pemimpin pemimpin Umno ini akan MENJAUHKAN DIRI dan lebih teruk lagi MELARIKAN DIRI dari kita.Siapa yang berani menyangkal hakikat ini?

Hubungan yang kita ada dengan PEMIMPIN sekadar dalam waktu senang sahaja tapi tiba waktu susah…LU FIKIR LAH SENDIRI.

Konsep yang digunapakai dalam hubungan ini adalah…“YOU HELP ME I HELP U…BUT IF U REALLY NEEDS HELP I RUN DULU…”

Jadi sebagai blogger mesra kerajaan janganlah kita menafikan SUMBANGAN Papagomo terhadap “gerakkerja maya” kita selama ini.Sekurang kurangnya apa yang dilakukan Gomo berjaya mencetuskan kesedaran ramai orang yang selama ini menyanjung tinggi Anwar Ibrahim dan tidak mahu percaya yang dia mampu MENYONGSANGKAN tabiaat seks dia.

Walaupun banyak tuduhan yang dilemparkan terhadap Gomo dengan gaya berblognya selama ini yang dianggap TIDAK BERETIKA…tapi ETIKA lantoi apa yang nak kita gunapakai dalam peperangan siber kita ini…?

Maka teringat aku akan saranan Hishamuddin Rais aka Tukar Tiub dalam satu workshop siber Pakatan Rakyat kepada pengamal media baru Pakatan Rakyat…bunyinya lebihkurang begini…

” Dalam peperangan kita membunuh atau dibunuh,jadi kalau tidak mahu dibunuh baik kita membunuh…dan dalam perang bila membunuh kita tak gunakan ETIKA MEMBUNUH sebab tiada etika tertentu dalam membunuh.Kita boleh tembak kat mana saja asalkan MUSUH kita MATI.Kita boleh tembak kepala,dada,mata,lubang hidung atau punggung sekalipun asalkan musuh kitaMATI…”

Jadi kita sebagai suatu keluarga besar bloggers pro-BN dan pro-PR pakat fikir sama sama dan jangan duk suka sangat kawan kita kena SAMAN!

Hari ini hari Gomo…mana tau esuk esuk hari kita pula…WaAllahu’alam.