Berita yang kami terima, Pengganas Azumudie yang mengepalai lebih kurang 250 pengganas Kiram dilaporkan telah terbunuh. Ianya sesuatu yang sukar dipercayai apabila kematiannya bukan disebabkan oleh tembakan pasukan Perajurit Negara kita, sebaliknya kematian Pengganas Azumudie kerana ditembak oleh salah seorang pengawalnya sendiri.

Tidak ramai yang tahu, Pengganas Azumudie yang menggunakan Tangkal bersaiz besar di lehernya dikelilingi oleh kira-kira 60 pengawal peribadinya yang lengkap berpakaian tentera dan bersenjata. Tiada siapa boleh mendekatinya.

Kepungan oleh pasukan Perajurit Negara telah membunuh semangat mereka. Semangat pengawal elit Azumudie jatuh menjunam kerana perancangan awal mereka semuanya tidak menjadi.

Sebelum kematian Azumudie, diberitakan kepada kami bahawa pengawal elit Azumudie terlebih dahulu menembak mati anggota-anggota mereka yang belot dan ingin menyerah diri.

Terdapat banyak kubur-kubur besar dan sederhana besar dipenuhi mayat-mayat mereka, sama ada mati semasa pertempuran atau mati kerana dibunuh oleh mereka sendiri.

Segala Mitos kononnya Azumudie boleh berjalan di atas air laut menyeberangi lautan ke pulau-pulau di selatan Filipina hanya kepercayaan kurafat. Semuanya tidak menjadi.

Sehingga kini tiada siapa tahu di mana mayat Azumudie. Sama ada dia telah ditanam di mana-mana kawasan hanya diketahui oleh 60 pengawal elitnya yang kini berpecah-pecah menjadi kumpulan kecil 10 dan 15 orang.

Jika sumber kami ini benar, maknanya Perang ke atas pengganas Kiram sudah sampai ke kemuncaknya. Perjuangan mereka sia-sia sahaja.

SALAH PERKIRAAN
Rancangan Pengganas Azumudie ialah, apabila dibubarkan sahaja Parlimen pada 28 Februari 2013 atau 1 Mac 2012, mereka akan melakukan serang hendap ke atas kedudukan strategik seperti Balai Polis Lahad Datu dan Balai Polis Semporna.

Rancangan asal mereka ialah untuk mencolek seberapa banyak tokoh-tokoh politik untuk dijadikan tebusan dalam tuntutan mereka kelak.

Pada 19 Februari 2013, mereka mula menaikkan bendera kononnya kerajaan Jamalul Kiram di pesisir Kg. Tandou, Tg. Batu, Tg. Labian dan sekitar Sungai Nyamuk. Mereka mula berlatih berkawad.

Namun begitu, berlaku kesilapan apabila Parlimen tidak dibubarkan pada masa mereka mendarat.

Di pihak Anwar, kesilapan turut berlaku bila mana Rancangan Anwar mahu melihat Porak-Peranda berlaku di Lahad Datu menjelang Pembubaran Parlimen pada 1 Mac 2013 tidak menjadi.

Anwar mendapat maklumat yang tidak tepat tentang tarikh pembubaran parlimen.

Anwar tahu, untuk berkuasa beliau mesti Menghuru-harakan Sabah kerana Sabah merupakan Fix Deposit BN. Anwar tahu jika PRU13 Digantung di Sabah, Anwar yakin untuk menang di Semenanjung.

Perancangan Anwar semakin parah apabila Presiden Filipina dan Agensi Risikan Filipina menemui Bukti pembabitan Anwar dalam insiden di Lahad Datu. Ianya merupakan proses “give and take” dan “win-win situation” antara pihak ANwar dengan pihak Jamalul Kiram (melalui Nur Misuari).

Kesilapan semakin besar apabila, orang kanannya Tian Chua melakukan Kesilapan awal bilamana memperolok dan memperlekeh insiden di Lahad Datu sebagai “Sandiwara”. Malang kepada mereka, apabila hari ini di mana saja Tian Chua pergi Rakyat Bangun menentangnya dan menghalaunya.

Bersambung…

mymassa