Semalam aku menghadiri ceramah Demi Rakyat PR di Bandar Baru Sentul dimana dihadhiri Anwar Ibrahim,Tian Chua,Mat Sabu dan Jenderal(B)Ghafir sebagai penceramah.Dalam artikel aku semalam aku hanya menyiarkan gambar gambar DSAI dan beberapa kumpulan hadhirin yang hadhir dalam ceramah itu malam kelmarin.Memang aku ini jenis blogger yang takkan datang awal kemana mana ceramah Pakatan Rakyat untuk merakam kemah,kerusi dan padang kosong untuk dibuat modal spin dalam blog…itu bukan perangai aku.

Cuma semalam sebagai blogger “mesra Umno” aku tak berapa selesa nak siarkan gambar gambar yang hadhir dalam jumlah yang begitu ramai,tapi fikir fikir balik apa faedahnya aku nak sembunyikan fakta ini dari diketahui umum.Sama ada jumlah kehadhiran semalam boleh dijadikan kayu ukur itu bukanlah persoalan pokoknya,sekurang kurangnya jentera pilihanraya Umno boleh mengambil iktibar akan gerak kerja penerangan Pakatan Rakyat yang saban waktu berjaya menarik begitu ramai hadhirin ke ceramah ceramah anjuran mereka sama ada nama nama besar penceramah atau tiada.

Aku agak terkejut juga dengan kehadhiran semalam bila aku sampai agak awal untuk survey tapak ceramah semalam dan mendapati padang tempat ianya diadakan dah macam sawah padi akibat hujan yang turun petang sebelumnya.Dalam hati aku berkata pastinya tidak ramai yang sanggup meredah padang becak ini  untuk mendengar ceramah walaupun yang akan hadir itu Anwar Ibrahim sekalipun.

Ternyata sangkaan aku itu meleset…

Saksikan gambar gambar hadhirin yang turun meredah sawah padi di Bandar Baru Sentul yang sempat aku rakamkan…