Con-artist (conmen & conwomen). Dalam bahasa kita, mereka dipanggil pendusta. 

Membezakan con-artist dengan penipu-penipu biasa ialah mereka sangat bijak dalam 
pendustaan. Namun, mereka itu sebenarnya tidak terlalu bijak sekiranya anda menjadi 
orang-orang yang faham dengan taktik permainan mereka. Biasanya, wartawan (seperti 
kami di sini) adalah musuh utama con-artist. Ia kerana setiap con yang mereka lakukan 
boleh blown-out(terbongkar) apabila dijerat oleh wartawan.
Begitu juga dengan scammers (dari jenis penipu juga),wartawan juga adalah musuh utama 
mereka.Sama juga dengan grifters atau swindlers (jenis penipu juga), mereka juga sangat 
benci apabila wartawan mahu menjerat kegiatan mereka.Namun, tidak semua wartawan 
adalah musuh mereka.Dalam ruang (bidang) con yang lain,ada con-artist yang 
mempergunakan wartawan dari jenis naïve untuk kepentingan mereka.Bagaimanapun, 
sebilangan besar musuh mereka adalah wartawan.

Jadi, kami ingin menambah bilangan musuh mereka (para penipu itu).Kami mahu jadikan 

anda semua sebagai musuh-musuh baru mereka.Ia bagaimanapun bersyarat, iaitu anda 
(terutama yang selama ini diperdaya con-artist) terlebih dahulu harus sedar bahawa anda 
sedang ditipu. Anda akan sama-sama menjadi musuh baru kepada con-artist apabila anda 
mula menentang mereka sebagaimana the answer seekers (para wartawan) melakukannya 
selama ini.

Con-artist menyelinap di mana-mana sahaja dalam semua bidang yang ada dalam setiap 

bucu professionalism.Mereka wujud secara con dan secara profesional dalam semua 
bidang yang menjanjikan wang dan kuasa.Untuk mencapai matlamat, mereka meletakkan 
batu-batu tempat mereka berpijak itu sebagai ‘marks’..,malah kepercayaan anda,atau 
kepala anda,mayat anda sekali pun boleh juga menjadi mark-mark itu asalkan matlamat 
con-men itu tercapai.
Con atau deception adalah seni.Ia bukanlah satu jenis penipuan yang dikategorikan sebagai
‘tipu bodoh-bodoh’.Ia adalah ‘tipu daya yang dilakukan oleh bijak pandai’.Ia adalah 
perbuatan yang sudah berkurun wujud sejak manusia mula belajar menipu.Ia kemudian 
menjadi seni jenayah yang di-profesional-kan oleh para penjenayah bijak pandai sejak kurun 
ke-18 di kota London.Dalam kurun ke-21 ini,seni itu sudah menjadi sangat advance 
dengan pelbagai upgrade sehingga anda tidak terdetik sedar bahawa anda sedang ditipu 
dan diperbodohkan hidup-hidup.
Apabila blog ini mengeluarkan berbelas artikel dalam siri Mind Game,ia juga adalah subjek 
awal sebelum anda difahamkan mengenai Kunst der Täuschung atau Art of Con.

Siri artikel dalam Mind Game adalah tidak lain untuk mendidik minda anda supaya bersedia 

dari segi kekuatan psikologi untuk menghadapi segala permainan yang dimainkan oleh conmen 
yang sedang memperdaya kedunguan manusia-manusia. Kami mempersiapkan anda untuk 
menjadi musuh-musuh baru kepada setiap conmen yang ada di Malaysia.

Kami mempersiapkan anda untuk menjadi musuh-musuh baru kepada setiap conmen yang berkonspirasi di Malaysia. Anda hanya perlu menjadi ‘orang jujur’ yang mahukan jawapan. 

Anda juga hanya perlu menjadi ‘orang jujur’ yang tidak berat sebelah kepada mana-mana 
orang yang anda suka. Dengan kejujuran, anda mampu melawan sang conmen.

“You can’t con a conman.” – Con rule no. 1 

Permainan con terwujud apabila manusia mahu kepada penyelesaian yang mudah.Ia adalah permainan yang mengambil peluang kelemahan psikologi manusia.Ia adalah Mind Game.Ia 

adalah permainan yang hanya menjadikan manusia-manusia dungu lurus bendul yang malas 
berfikir sebagai mangsa.Namun, manusia jujur tidak sesekali akan menjadi mangsa.

Apabila seseorang manusia jujur itu merasakan ada orang mahu menipunya,dia tidak akan 

hanya duduk diam dan membiarkan dirinya ditipu hidup-hidup.Dia akan jujur kepada 
dirinya sendiri,dan mula melakukan sesuatu untuk menjadikan dirinya tidak ditipu.Dia 
tidak akan mengkhianati dirinya sendiri yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena,dia 
tidak akan mengkhianati dirinya sendiri dengan hanya duduk diam.
Jika seseorang wartawan (yang bukan lurus bendul) merasakan ada orang mahu menipunya, 
maka dia akan mengajukan soalan tambahan untuk menguji kejujuran dalam jawapan yang diterimanya sebelum itu.Jika wartawan itu bertanya:“mana jam tangan?”.Kemudian dia 
diberikan jawapan: “jam itu ada pada isteri saya.” Tetapi wartawan itu tidak mahu dirinya 
ditipu dan dia tanya soalan tambahan: “boleh tunjukkan jam tangan itu sekarang?” sambil 
wartawan itu mengharapkan ada kejujuran dalam jawapan yang diterimanya sebelum itu. 
Dalam contoh jam tangan itu, anda boleh melihat bahawa betapa wartawan adalah kumpulan 
orang yang sentiasa mahu jawapan yang jujur daripada mana-mana orang yang 
memberikan jawapan. Atas sikap itu, maka wartawan jujur adalah musuh utama semua 
conmen yang ada di pelosok dunia. Tidak percaya?
Bagaimana seseorang conman melakukan penipuannya?Sebagaimana disebutkan di atas tadi, 
ia dimulakan apabila manusia mahukan penyelesaian mudah dalam setiap masalah yang mereka hadapi.Jadi,di situlah muncul peluang kepada conman untuk menawarkan ubat atau 
penyelesaian.

Katakan,golongan surirumah selalu ada masalah untuk membuat simpanan wang kerana 

mereka tidak bekerja dan mengharapkan wang diberikan suami sahaja,itu pun kalau bajet 
suami terganggu,maka tiadalah wang simpanan dihulurkan si suami kepada surirumah. 
Maka, di situ timbul peluang kepada con-artist untuk memanfaatkan peluang itu.

Mungkin ada con-artist yang tampil dengan penipuan berbentuk scam,mereka mungkin 

sekali menawarkan pinjaman yang serupa simpanan.Mungkin kalau con-artist itu terlibat 
dalam kegiatan yang menjanjikan kuasa, dia mungkin menawarkan janji untuk beri wang 
kepada surirumah yang kononnya berupa insentif tertentu sekiranya mengangkat dirinya 
menjadi orang paling berkuasa.

Katakan lagi, segolongan dungu manja yang malas belajar sudah tahu sikap malas dan 

dungu mereka itu tidak membantu mereka untuk mendapat pekerjaan yang baik selepas 
tamat belajar nanti. Mereka tahu yang bahawa mereka tidak mendapat keputusan terbaik 
kerana mereka malas dan kemalasan serta kedunguan itu juga akan menyebabkan mereka 
tidak pandai atau tidak tahu buat kerja apabila tamat belajar nanti. Maka, mereka sedar 
bahawa mereka akan hadapi masalah untuk membayar semula pinjaman pelajaran kerana 
tidak cemerlang. Jadi, ia membuka peluang kepada conmen untuk menawarkan penyelesaian 
paling mudah kepada masalah yang dihadapi golongan dungu manja yang malas belajar itu. 
Apakah menyelesaian mudah yang ditawarkan kepada golongan dungu manja yang malas 
belajar dan hampir keciciran itu?
Namun,semua disebutkan di atas itu hanya contoh-contoh yang tidak pernah berlaku di luar 
sana (really?). Ia adalah contoh-contoh untuk menjelaskan mengenai bagaimana sesuatu peluang 
itu tercipta bagi conmen untuk memulakan setiap ‘con-jobs’.Peluang itu terwujud dengan menawarkan penyelesaian mudah kepada marks.Boleh jadi penyelesaian itu ialah tidak perlu 
bayar balik atau masuk universiti percuma walaupun akhirnya (sebagaimana majoritinya) 
tidak belajar bersungguh-sungguh selepas diberi peluang masuk universiti.

Peluang-peluang itu wujud kerana mangsa atau ‘marks’ tidak menggunakan masa mereka 

untuk mendapatkan maklumat-maklumat atau fakta-fakta berkaitan sebelum memutuskan 
untuk menyebelahi hasrat seseorang conman.Ia kerana mangsa sentiasa mahu penyelesaian 
mudah, mangsa-mangsa conmen juga selalunya merupakan orang yang sangat malas dan tidak 
jujur kepada diri sendiri walaupun ada juga orang bijak dan rajin turut menjadi mangsa 
con-artist.Ia kerana orang bijak itu kekurangan satu nilai penting.

Pernah juga Umat Terakhir nyatakan kepada pembaca di sini bahawa ‘orang bijak ialah 

orang yang kaya dengan maklumat dan fakta’.Jadi, anda hanya perlu tambah satu nilai 
lagi dalam diri anda supaya tidak menjadi mangsa, nilai itu ialah kejujuran.Jujur kepada orang 
lain dan jujur kepada diri sendiri,itu adalah antara nilai penting untuk menghadapi conmen. 
Seseorang conman boleh tipu apa sahaja kepada anda,namun jika anda jujur untuk tidak 
mahu ditipu,anda berupaya membuat conman itu melarikan diri daripada anda,anda boleh menjadikan sesuatu job yang dijalankan conman itu ‘blown-out’.

Risiko yang sedang dihadapi oleh semua orang,termasuk yang bijak pandai ialah mudah 

terpedaya dengan penyelesaian mudah yang cuba ditawarkan oleh seseorang con-artist atau
conman.Untuk menangkis cubaan memperdaya itu,anda perlu upgrade nilai pada diri anda 
dengan menambah kejujuran yang 100 peratus tulus. Kejujuran juga adalah nilai yang dibenci 
iblis. Jadilah musuh kepada conman,dan jadilah musuh kepada iblis dengan menjadikan diri 
anda jujur.

“You can’t con honest people.” – Con rule no. 2

Dalam cara lain, seseorang conman melakukan penipuannya dengan teori-teori konspirasi 

yang mana teori itu seboleh-bolehnya cuba menampakkan dirinya itu dimangsakan oleh 
konspirator.Namun, conman itu tahu bahawa dia boleh menipu semua orang,tetapi dia tidak 
boleh menipu mana-mana orang yang betul-betul faham dengan perjalanan sesuatu benang 
dalam teori konspirasi.Oleh itu, sejak kurun ke-18 lalu sudah digariskan peraturan ketiga ini, 
iaitu:

“You can’t con a true theorist.” – Con rule no. 3

Apa yang dimaksudkan dengan teori dan konspirasi?Apa pula yang dimaksudkan dengan

true theorist?Tidak perlu kita panjang lebar,sebab ini hanya episod pengenalan,
konspirasi mengikut konteks con-artist dalam bahasa mudahnya ialah ‘the things they 
(the cons) want you to know about the things that they created for you not to know 
about’.Kali ini kita tidak mahu mengalih ayat Inggeris itu ke bahasa Melayu kerana ia mungkin 
membawa pengertian yang kurang tepat.Manakala true theorist dalam konteks con-artist 
ialah orang-orang yang sangat arif dalam mengetahui dengan betul setiap penipuan-penipuan 
(jobs) yang mereka cuba jalankan.

Oleh itu,true theorist ialah orang-orang yang sentiasa membuat jangkaan tepat mengenai 

setiap cubaan con.Malah,true theorist juga pada masa tertentu membuat teori-teori tertentu 
dalam mengenal pasti permainan conmen dan teori-teori itu menggunakan kaedah penyelidikan (research tools) yang sama sebagaimana dibuat ahli-ahli teori konspirasi.

Tahukah anda yang mana Revolusi Perancis,Revolusi Rusia, Revolusi Iran,Revolusi Arab, 

Perang Dingin,Perang Dunia,tragedi WTC 11 September, kejatuhan Palestin,penubuhan 
negara haram Israel dan bermacam lagi itu adalah kerja yang dibuat oleh beratus-ratus ribu
con-artists yang memperdaya seluruh isi dunia?Jadi, dalam kes-kes konspirasi besar yang 
melibatkan con-artists seperti itu,pembongkaran kegiatan mereka sudah tentu dibongkarkan 
oleh ahli-ahli teori konspirasi (ada juga kalangan wartawan dan bekas wartawan ternama di 
Barat dan Eropah). Menggunakan kaedah-kaedah yang sama,mereka tidak berupaya menipu 
true theorist yang jujur. True itu adalah memaksudkan ikhlas dan jujur. Wartawan pula ialah kumpulan manusia yang berurusan dengan terlalu banyak fakta dan maklumat pada setiap hari.

Wartawan dari agensi berita Boston Globe, Drake Bennet menjelaskan bahawa seseorang

con-artist mampu mendapatkan kepercayaan ‘marks’ iaitu mangsa-mangsa mereka dengan 
cara bahasa badan terutama ekspresi wajah. Menurut Bennet, kehebatan seseorang conman 
ialah bergantung kepada keupayaan menipu diri sendiri.

Berdasarkan pendekatan dalam pengajian gelagat semulajadi manusia (natural human 

behaviours), setiap perbuatan yang melanggar nilai moral akan menyebabkan tubuh 
melakukan protes. Jika seseorang itu menipu, tubuh akan mengeluarkan sejenis hormon 
sebagai tanda protes, akibatnya manusia yang menipu itu akan berasa gatal di muka atau 
terkelu lidah untuk beberapa saat atau sebagainya ketika dia berkata-kata dengan penipuan.

Namun, seseorang conman mampu mengatasi itu semua, dia tidak akan menggaru dimukanya meskipun terasa sedikit gatal yang lain daripada biasa dan sentiasa memastikan tutur katanya mempunyai selangan masa yang konsisten sehinggakan ‘mark’ yang sensitif terhadap body 

language juga tidak akan menyedari conman itu sebenarnya sedang terkelu lidahnya buat 
beberapa saat.

Kajian yang dilakukan Jabatan Psikologi Princeton mendapati, punca ‘marks’ menjadi mangsa 

ialah sikap mangsa-mangsa itu sendiri yang gemar melakukan ‘penyelesaian mudah’ dalam 
memilih orang-orang yang boleh dipercayai.

Penyelesaian mudah itu ialah mangsa-mangsa hanya memandang dari segi luaran iaitu 

penampilan seseorang conman yang ditampilkan kepada masyarakat. Berlaku ‘bargain’ di situ 
iaitu mangsa ‘membeli’ kepercayaan terhadap conman dengan hanya melakukan ‘tawar menawar’ selepas melihat luaran sahaja. Walhal untuk mengenali seseorang, kita boleh melakukan banyak siasatan peribadi dan kaedah-kaedah lain, namun lebih ramai suka melihat luaran sahaja. Itulah kelemahan iaitu mahu penyelesaian mudah.

Jadi, boleh dilihat dengan jelas bahawa kelemahan itu (mahu penyelesaian mudah) adalah 

peluang terbaik kepada seseorang conman untuk memperdaya semua marks mereka. Bahkan, 
anda sendiri tidak jujur kepada diri sendiri iaitu mudah mempercayai orang yang anda tidak 
kenal secara peribadi, tidak faham?

Katakan anda kenal seorang pelakon terkenal yang sudah lama tidak berlakon.Kemudian 

anda terserempak dengannya.Pelakon itu beritahu anda bahawa dia sedang menjalankan 
perniagaan pelaburan. Anda pun percaya sebab wajah pelakon itu memang nampak baik. 
Selepas itu, anda pun melabur sama. Sebulan kemudian, baru anda sedar yang anda ditipu. 
Lebih buruk, anda tidak dapat mengambil tindakan undang-undang kepada pelakon itu 
kerana kegiatannya sangat licik tanpa meninggalkan apa-apa barang kes yang boleh dibawa 
ke mahkamah. Mengapa ia berlaku? Ia kerana anda sudah memulakan permainan dengan 
tidak jujur kepada diri sendiri. Sebaik sahaja ada keraguan yang timbul apabila sesuatu 
perkara itu dikhabarkan, maka keraguan itu perlukan jawapan. Jadi, mulakan bertanya. 
Malangnya anda tidak jujur kepada diri sendiri dan tidak mahu bertanya.

Tidak susah untuk bertanya “betulkah, boleh anda buat saya jadi yakin dengan jawapan 

itu?”kemudian ia pasti akan dijawab atau tidak dijawab dengan jawapan yang akan membuka 
lebih banyak soalan-soalan baru yang turut memerlukan jawapan. Akan timbul soalan-soalan 
baru yang terbit daripada kekaburan dalam jawapan-jawapan sebelum itu. Untuk menilai 
kejujuran jawapan itu, maka lihatlah keterangan-keterangan yang bersambung-sambung dan 
tidak terputus-putus. Anda tidak perlu menjadi prejudis untuk memerangkap seseorang 
conman, anda hanya perlu jadi jujur.

Bagaimana seseorang conman memulakan permainan.

Dalam psikologi jenayah, seseorang penjenayah (termasuk conman) akan melihat segenap 

peluang yang ada bagi melakukan sesuatu jenayah. Seorang penyeluk saku akan melihat 
peluang beg tangan wanita terbuka luas yang tanpa ditutup dengan zip untuk menyeluk 
mengambil telefon bimbit, beg duit atau sebagainya yang terdapat dalam beg tangan.

Seorang peragut akan mengambil peluang meragut beg, laptop atau sebagainya apabila 

mangsa mereka leka ketika berada di tempat yang terdedah kepada risiko dan peluang.
Begitu juga dengan seseorang conman yang turut mengaintai peluang untuk memangsakan 
orang lain.

Mahu penyelesaian termudah, malas untuk mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber, mudah percaya kepada orang yang tidak dikenali secara peribadi dan jahil dalam persekitaran maklumat adalah peluang yang dimanfaatkan seseorang conman dalam mencari mangsa.

Permainan con bermula apabila ada peluang-peluang ini, sama juga seperti jenayah-jenayah 

yang lain. Dalam permainan con, mangsa akan diistilahkan sebagai mark.

“You can’t con a statement perfectionist.” – Con rule no. 4

Modal untuk seseorang conman dalam memperdaya mangsa-mangsa adalah kebolehan untuk meyakinkan mangsa-mangsa dengan tutur kata yang meyakinkan. Tutur kata itu pula biasanya 

tidak diperlengkapkan dengan tindakan yang sewajarnya.

Bahasa mudah, cakap tidak serupa bikin, atau juga tutur kata itu hanya diperlengkapkan dengan tindakan yang sekadar seperti melepas batuk di tangga.

Kebijaksanaan conman ialah meyakinkan mangsa dengan kaedah con persuasion untuk 

menjayakan matlamat pertama iaitu to steal trust (untuk mencuri kepercayaan dan keyakinan 
orang lain). Orang yang mudah percaya dan mudah berasa yakin tanpa melakukan usul periksa dengan bantuan pelbagai maklumat dalam persekitaran maklumat, orang seperti itu adalah 
mark yang sangat mudah diperdaya. Sekali conman mengeluarkan kata-kata, mark akan 
terus percaya tanpa dibuat sebarang usul periksa daripada pelbagai maklumat.

Mangsa biasanya akan diberikan maklumat terpilih yang disediakan sendiri oleh conman itu. Sekiranya mangsa mahu merujuk kepada sumber lain, conman itu akan sedaya upaya 

menjauhkan mangsa mereka daripada berbuat demikian. Dalam strategi penguasaan 
maklumat,ia dipanggil monopoli maklumat sebagaimana dalam istilah konspirasi yang disebutmonopoli propaganda.

Akibat merujuk kepada sumber maklumat terpilih yang disediakan oleh conman, mangsa akan menjadi mudah percaya dengan hanya merujuk kepada maklumat yang diberikan itu sedangkan mangsa boleh merujuk kepada lain-lain sumber, tetapi tidak berbuat demikian kerana malas.

Jika mangsa tidak merujuk kepada pelbagai maklumat yang selain daripada maklumat 

yang disediakan oleh conman itu, maka mangsa itu bukanlah seorang statement perfectionist,
tetapi hanya sebagai seorang yang terdedah kepada risiko menjadi mark.

Untuk menjadi seorang statement perfectionist, seseorang perlu merujuk kepada pelbagai 

maklumat bagi melihat jika ada percanggahan dengan set maklumat yang diberikan oleh 
seseorang conman kepada anda. Semua maklumat dari semua sumber terlibat harus diteliti 
untuk dipadankan dengan maklumat-maklumat yang disediakan oleh conman itu.

Bagi seorang statement perfectionist, dia melihat keselarian dalam setiap kenyataan apabila 

setiap kenyataan itu dipadankan satu persatu untuk dibandingkan bagi melihat persamaan 
atau perbezaan bagi setiap keterangan. Setiap maklumat pula mempunyai satu sumber utama 
dan sumber utama itu juga perlu dirujuk serta diperhalusi dengan berhati-hati. Itulah yang 
dilakukan oleh seorang statement perfectionist.

Kalau ada percanggahan maklumat, anda perlu menjadi bijak dan bertanya semula kepada

conman itu, tabiat suka mengangguk tanpa ada usaha untuk mencari maklumat daripada 
sumber berbeza adalah sikap yang patut dibuang ketika menghadapi orang-orang yang tidak 
dikenali secara peribadi kerana orang itu mungkin sekali adalah conman.

Namun, sudah menjadi resam bagi setiap conman untuk menjawab setiap soalan yang 

ditanya dan sebilangan conman pula memilih untuk tidak mahu menjawab kerana khuatir 
con-job yang dilakukannya itu akan blown-out.

Jadi, untuk anda menjadikan sesuatu con-job itu blown-out, seseorang perlu menutup 

segala peluang yang ada (rujuk perenggan berwarna merah) ketika menghadapi orang-orang 
yang berpotensi menjadi conman. Rujuk contoh pertanyaan mengenai jam tangan sebagaimana dalam perenggan di atas dan lihat bagaimana soalan-soalan tambahan itu berjaya menimbulkan jawapan yang tidak lagi bersambung-sambung.

“You can’t con a skeptic.” – Con rule no. 5

Orang yang menyimpan rasa curiga (skeptic) adalah tidak sama dengan orang yang prejudis. 
Orang yang skeptic tidak menyimpan persepsi negatif terhadap orang yang dia curigai,
melainkan hanya menyimpan rasa berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk 
mempercayai.

Berlainan dengan orang yang prejudis. Orang prejudis menyimpan persepsi negatif terhadap 

orang yang belum dipercayainya dan ia adalah sangat tidak baik dalam hubungan dua hala 
kerana tidak semua orang yang baru dikenali itu ialah conman.

Namun, kedua-dua jenis orang ini (skeptic dan prejudice) adalah sangat tidak disukai oleh 

mana-mana conman. Bagaimanapun, ada dari jenis conman yang dapat menterbalikkan risiko 
itu (menghadapi mark yang skeptic dan prejudice) kepada peluang dengan cara reversal con.
Ia adalah kaedah (kemahiran) con yang bertaraf tinggi dalam dunia con-artist.

Sekiranya kemahiran itu mampu dikuasai seseorang conman berdasarkan pengalaman
-pengalaman yang dilaluinya sepanjang melakukan con-jobs,maka dia akan mampu 
melanggar kesemua peraturan (con rules) dan menjadi conman lagenda sepanjang 
zaman. Kemahiran itu hanya dipelajari melalui pengalaman-pengalaman seseorang conman 
kerana tiada universiti atau buku rujukan yang boleh dipelajarinya untuk menguasai kemahiran 
itu.

Kita tidak akan memberitahu atau mengajar anda mengenai kemahiran itu. Pengetahuan itu 

biarlah disimpan supaya tidak pula dipelajari oleh mana-mana conman dari jenis bodoh-bodoh 
alang yang ada di Malaysia ini. Kita tahu semua conmen itu (dalam pelbagai bidang) dan apa perkembangan jobs yang sedang mereka jalankan. Yang perlu anda tahu ialah mereka itu 
akan mendapat musuh-musuh baru iaitu anda semua dan kita di sini mahu mempersiapkan 
anda semua supaya menjadi musuh-musuh yang digeruni.

Jadi, untuk menjadikan con-jobs itu blown-out,maka anda wajar menjadi seorang yang

skeptical dalam menghadapi orang-orang penipu itu. Antara sikap orang yang skeptic ialah 
suka mencari jawapan terhadap apa-apa kesamaran yang timbul atas tujuan yang tidak jelas.
Orang skeptic selalu bertanya untuk mendapatkan jawapan, maka apabila berhadapan dengan 
orang yang anda sangsi, banyakkan pertanyaan sehingga hilang semua curiga atau sehingga 
anda tahu orang itu cuba menipu anda.

Conmen adalah lebih bijak daripada sekelian penipu-penipu yang ada di dunia. Lebih bijak 

daripada scammers, swindlers, grifters, gypes, clatters, garrulities dan sebagainya yang dari 
jenis penipu-penipu profesional. Conman tidak berdaya untuk menipu conman yang lain,
tetapi mereka mampu menipu semua scammers, swindlers, grifters, gypes, clatters, garrulities,
madolinos dan sebagainya.

Bagaimanapun, mereka tidak berdaya menipu orang-orang yang ada dalam peraturan

-peraturan itu, bukan disebabkan ia dijadikan peraturan, tetapi orang-orang itu termasuk 
dalam peraturan kerana boleh menyebabkan sesuatu con-job itu blown-out. Maka untuk 
tidak mudah ditipu, seseorang perlu menyimpan curiga dan menjadi skeptic.

Namun dalam sains penjenayahan dan pemikiran penjenayah, tidak semua jenayah itu 

dilakukan dengan sempurna oleh penjenayah. Akan ada kecacatan-kecacatan dalam setiap
con-job yang dijalankan dan dengan itu anda harus menjadi seorang yang cermat dalam 
membaca pemikiran mereka. Paling perlu difahami ialah kesungguhan mereka mencari 
peluang dan mencipta peluang. Jika tiada peluang, maka seseorang conman akan mencipta 
peluang. Di sini anda perlu lebih waspada, ia kerana walau anda sudah melakukan langkah 
berhati-hati, anda masih terdedah kepada peluang untuk dijadikan mark.

Dalam persekitaran semasa, terdapat terlalu ramai conmen yang bergerak bebas dalam 

persekitaran ekonomi, politik dan sosial masyarakat. Mereka ini (conmen) tampil dengan 
karisma yang tersendiri seolah-olah tidak pernah melakukan kesalahan meskipun kerap 
kali telah blown-out disebabkan tersalah menyusun kata akibat kelalaian mereka sendiri.

Namun, masih terdapat marks yang terus dibuai dengan taktik-taktik para conmen meskipun 

telah terdapat terlalu banyak clash of statements yang dibuat oleh conmen. Ia kerana tidak 
ramai yang mampu menjadi statement perfectionist dalam mengenal pasti tipu daya conmen.

Sebenarnya agak sulit untuk menceritakan bagaimana sang conmen melakukan con-jobs 

mereka,ia sukar untuk diceritakan kerana segala jobs itu dilakukan dengan cara yang 
sangat tersusun walaupun kadang kala terpampang jelas kecacatan dalam jobs itu 
sehingga terburai segala kerja kotor mereka itu.

Membongkar cara bagaimana conmen melakukan jobs mereka adalah hampir lebih kurang 

sama dengan membongkar kerja-kerja konspirator.Dalam membongkar jobs yang 
dilakukan mereka, kita tidak wajar bermain teori konspirasi, sebaliknya ia wajar dilakukan 
secara forensik jenayah.

Forensik jenayah bukan hanya mengenai siasatan di lokasi jenayah.Tetapi forensik jenayah 

dalam konteks menyiasat conmen wajar dilakukan secara menyeluruh dan tidak hanya 
tertumpu di kawasan berlakunya kejadian jenayah.

Apabila anda dikhabarkan oleh sesuatu kenyataan,maka siasatlah kenyataan yang diucapkan 

itu dengan memadankan kenyataan itu dengan sumber-sumber lain.Kemudian ikuti perjalanan kenyataan-kenyataan itu dan lihat ke mana sambungan-sambungan kenyataan itu membawa 
anda, kita pernah mengajar anda untuk follow the evidence.

Kenyataan yang konsisten akan selalu bersambung-sambung dengan kenyataan lain,jika 

kenyataan itu terputus tanpa ada sambungan-sambungannya,maka pasti ada yang tidak kena 
dan perlu disiasat lebih rapi, itulah sikap orang skeptic yang jujur mencari jawapan.

Kalau anda dikhabarkan air di dalam gelas itu berwarna ungu,maka pastikan ia benar-benar 

ungu,iaitu bukan biru gelap,atau bukan merah gelap,siasat juga adakah ia sedia kala berwarna 
ungu sebagaimana ia dituang masuk ke dalam gelas atau disebabkan campuran warna berbeza 
iaitu merah bercampur biru yang menjadikan ia ungu.

Jika air itu menjadi ungu disebabkan campuran warna biru dan merah,maka pastikan warna 

mana yang dituang masuk ke dalam gelas terlebih dahulu, adakah merah dituang dahulu atau 
biru yang dituang dahulu.Mestilah teliti dan rapi dalam mencari jawapan.

Jika masih tidak tahu warna mana yang dituang dahulu meskipun sudah puas memerhati sifat 

warna air itu di dalam gelas,maka cubalah merujuk kepada sumber-sumber lain yang 
mengetahui siapa orang yang menuang air di dalam gelas itu.Adakah orang yang menuang air 
merah dan air biru itu adalah orang yang sama atau pun dua orang yang berbeza.Teliti 
dengan cermat.

Orang yang cermat dalam membuat penelitian dan jujur pula semasa melakukan pemerhatian, adalah orang yang dapat menjadikan kerja-kerja jahat si conmen itu blown-out walau orang 

yang baru mula hendak jujur itu sudah lama ditipu conmen.

Kejujuran kepada diri sendiri dalam mencari jawapan adalah kunci kepada menggagalkan 

kerja jahat penipu-penipu aktif di luar sana.Jika anda merasakan ada yang tidak kena 
dengan sesuatu perkara yang dilakukan orang berpengaruh yang cuba mempengaruhi 
kepercayaan anda,maka jujurlah kepada diri anda dan bertindaklah mengikut perbuatan 
yang sesuai dengan kehendak hati anda yang mahukan kepastian, mulakan hari baru anda 
dengan menjadi jujur.

Ada ramai conmen di luar sana.Mereka berpakaian segak bergaya,bertutur dengan penuh 

yakin untuk mempengaruhi anda,bijak pula bermain dengan perasaan anda kerana mereka 
tahu itulah kelemahan anda yang mahukan penyelesaian mudah bagi setiap masalah yang 
anda hadapi.

Mereka menawarkan ubat untuk anda.Mereka menawarkkan penyelesaian untuk anda.Mereka sebenarnya sedang menipu anda.Mereka adalah conmen.

“Remember con rule no.1?”
“You can’t con a conman.”
“But, you can make their jobs blown out.”

-STALKER-
I’m stalking you