Anda sedang dilalaikan


SAMA ADA anda sedar atau tidak, anda sebenarnya sedang dipaksa untuk 

menjadi orang-orang yang sibuk.Erti kata lainnya,anda sedang sibuk atas perkara-
perkara yang tidak sepatutnya anda menyibukkan diri.
Anda adalah penyibuk,busybody.Anda jadi begitu setelah anda dipaksa untuk menjadi 
sibuk.Terlalu sibuk terhadap perkara-perkara yang tidak sepatutnya pula akan menyebabkan 
anda menjadi orang-orang yang lalai sehingga mudah di-kambing-kan,mudah di-dungu-kan,
mudah diperbodohkan dan mudah pula dipergunakan.Ia sebab anda lalai,terlalu lalai sehingga terlupa.Lalai terhadap apa?
Dalam artikel sebelum ini,diberitahu bahawa rancangan sulit Zionis membina negara haram 
Israel berjaya di-plot-kan pada ketika umat Islam di negara-negara mereka disibukkan dengan penjajahan oleh kuasa-kuasa Eropah.

Ketika era penjajahan,umat Islam (kita ambil negara Islam sahaja dalam konteks ini

disibukkan dengan usaha membebaskan diri mereka dari penjajahan di negara tumpah 
darah mereka.Sejak dijajah,umat Islam berjuang untuk membebaskan negara mereka 
daripada cengkaman kuasa asing. Cuba periksa,lihat berapa banyak negara 
Islam yang berada bawah kuasa penjajah semasa era kolonial dan imperial.
Disebabkan terlalu sibuk, mereka pula (sebilangan besar, bukan semua) hanya 
memikirkan mengenai cara memerdekakan negara mereka sendiri sahaja tanpa serius 
memikirkan cara untuk sama-sama membantu membebaskan negara-negara Islam yang 
berjiran dengan negara mereka. Bukan tidak ada yang mahu membantu negara jiran 
sesama Islam yang sama-sama dijajah, tetapi bantuan sesama itu kurang serius. Mereka 
mahu membebaskan diri mereka sahaja, tetapi kurang serius memikirkan nasib saudara 
mereka di negara jiran.
Ada pula yang cuba mengambil kesempatan untuk menjadikan negara jiran sebagai 
sebahagian daripada negara mereka walaupun jiran mereka itu tidak sudi kerana mahu mengembalikan kedaulatannya sendiri tanpa rela lagi kehilangan kedaulatan setelah dipaksa 
untuk bernaung dibawah sistem baharu (contoh: kes cubaan memasukkan Malaya ke 
dalam Indonesia yang mana boleh menyebabkan Malaya hilang kedaulatan raja-raja Melayu 
Islam di bawah sistem republik) .Bagaimanapun, mereka tetap sibuk akibat disibukkan 
atau dipaksa untuk sibuk oleh penjajah. Mereka terlalu sibuk berjuang. Mereka sibuk, kita 
juga sama-sama sibuk.
Pada ketika Perang Dunia Kedua (WW2) pula, umat Islam disibukkan dengan 
usaha menyelamatkan diri serta ahli keluarga masing-masing daripada bahaya peluru sesat 
dan bahaya bom-bom buta yang digugurkan dari pesawat.Sungguh sibuk kerana dipersibukkan 
untuk menjaga diri serta keluarga.Mahu duduk di kampung,tak selamat sebab ada tentera Jepun,
Siam dan Jerman.Mahu lari ke hutan pun tak selamat sebab ada komunis.Sungguh sibuk jadinya,
hanya ligat memikirkan keselamatan diri dan keluarga.
Selepas tamat WW2,disibukkan lagi dengan usaha membina negara yang merdeka.Di negara-
negara lain pula,mereka disibukkan dengan perebutan kuasa sesama mereka kerana pihak 
kolonial belum kembali tiba untuk mentadbir semula negara mereka.Mereka jadi sibuk untuk mentadbir walaupun bercakaran sesama sendiri.

Di Malaya,umat Islam yang majoriti Melayu disibukkan pula dengan idea jahat 

British untuk mendirikan Malayan Union.Orang Melayu beragama Islam kemudian menjadi 
terlalu sibuk berjuang untuk melenyapkan sebarang usaha British untuk Malayan Union.

Orang Melayu disibukkan dengan perjuangan memerdekakan negara.Kemudian muncul 

pula kumpulan Melayu yang lain sehingga tercipta perpecahan di ambang kemerdekaan.
Semakin sibuk jadinya.Sejak 1511 sehingga dekat nak merdeka pun,orang Melayu tidak 
habis-habis disibukkan dengan macam-macam dugaan.Itu yang berlaku di Malaya.

Di lain-lain negara yang turut dijajah,mereka juga dipaksa untuk sibuk.Selepas satu isu jadi 

reda, timbul pula isu baharu dan tidak habis-habis mereka disibukkan dengan macam-macam perkara.

Dalam keadaan sibuk di seluruh dunia yang tidak henti-henti selama beratus tahun itu,tiba-tiba 

Zionis sudah pun mendarat di Palestin dan membina negara haram pada pertengahan 1948.
Umat Islam yang tidak sedar atau lalai dengan plot Zionis itu kemudian terlopong,ternganga dan 
terkejut apabila mendapat tahu Yahudi Zionis sudah membina negara haram di atas bumi Palestin.Sedang umat Islam masing-masing sibuk memerdekakan negara sendiri,tiba-tiba sahaja 
dapat satu berita tergempar iaitu tanah saudara kaum Muslimin di Palestin sudah diduduki Zionis.

Zionis berjaya mendarat,merodok dan merampas bumi Palestin pada ketika kita semua terlalu 

sibuk akibat disibukkan oleh penjajahan,perang dunia,persengketaan sesama sendiri dan sebagainya.Apabila kita sibuk, kita dengan sendirinya akan jadi lalai serta lupa.
—–

Anda masih dipaksa menjadi sibuk

Sungguh dan ia sungguh,biar pun zaman penjajahan dan perang dunia telah berdekad-

dekad lama berlalu,umat Islam masih lagi dipaksa menjadi orang-orang yang sibuk 
dan sedang dipaksa hidup dalam kesibukan yang dipaksa untuk digalas.

Semua kesibukan itu dijalankan dalam satu susunan rancangan yang rapi lagi halus.

Persengketaan dicipta untuk menimbulkan ketegangan dan ia menjadikan manusia sibuk 
bertegang urat sesama mereka.

Kemudian demokrasi pula mengambil alih tradisi pemerintahan dan mencipta 

lebih banyak ketegangan dalam kebanyakan negara.Makin sibuk jadinya, siang berpolitik,
malam pun berpolitik,dalam bangunan berpolitik,di kedai kopi berpolitik,tepi jalan pun 
berpolitik, dalam semak berpolitik,dalam surau berpolitik,dalam masjid pun berpolitik,
sampai dalam jamban dan bilik hotel pun sibuk berpolitik lagi. Dua puluh empat jam tak 
habis-habis sibuk dengan politik.Sibuk-sibuk.

Disebabkan slogan demokrasi,sesebuah negara boleh diheret masuk ke dalam kancah
perang sebab sibuk bersengketa akibat tak dapat capai persefahaman.Bila sahaja perang,
tersangatlah lebih sibuk jadinya.Sibuk tak habis-habis. Disebabkan slogan
demokrasi itu juga, dua saudara boleh berbunuhan sesama sendiri.

Bagi orang-orang yang tidak ambil kisah dengan perkembangan dunia pula,mereka tak
habis-habis sibuk dengan dunia hiburan.Tak habis-habis sibuk dengan cerita artis,sibuk gosip
sana-sini.Ada lagi yang lebih hebat,sibuk berhibur di sana-sini dan tak ambil peduli langsung
dengan perkembangan dunia,sibuk berpesta di sana-sini,bertukar pasangan,sibuk-sibuk
saja kerjanya.

Sibuk sangat berseronok,sampai tak sedar dengan arus dunia yang semakin tegang,jangan
sampai apabila tersedar nanti sedar-sedar sahaja musuh sudah acu senapang dan meriam ke 
muka.Nah,itulah sebab asyik tak habis-habis nak sibuk berseronok sangat,sedar-sedar sahaja
diri sudah jadi mangsa perang. Sibuk sangat menonton TV dan rancangan hiburan,sedar-sedar
sahaja rumah sudah kena bom dengan musuh.

Akibat terlalu sibuk sehingga lalai,manusia jadi lupa untuk mempersiapkan diri.Jadi lalai
sehingga tidak tahu dengan apa yang sedang berlaku di seluruh dunia.Jangan sampai apabila
sudah dikejutkan dengan kejutan-kejutan di luar jangkaan,kamu hanya akan jadi orang yang
hanya tahu menangis sahaja. Kenapa hanya tahu menangis?Itu sebabnya tak pernah ada usaha mempersiapkan diri dengan kemahiran survival di kala menghadapi worst case scenario,
akibatnya hanya pandai menangis sahaja.Apa nangis-nangis?Musuh sedikit pun tak akan ada
sifat kasihan kepada kamu.

Memang,kita tidak habis disibukkan dengan macam-macam perkara sampai terlupa untuk
waspada. Sibuk berpolitik,sibuk bercakaran,sibuk maki hamun,sibuk buat kacau,
sibuk tabur fitnah,sibuk itu sibuk ini, dua puluh empat jam tak habis-habis sibuk.

Ada lagi yang jenis sibuk kumpul harta sampai terlupa untuk membahagikan sebahagian
harta kepada orang miskin dan fakir,sampai terlupa mengeluarkan zakat,sampai terlupa
berbuat amal jariah.Hanya tahu sibuk memenuhkan kantung sendiri dan sibuk bergaya
menunjuk-nunjuk kekayaan diri sampai tidak mempedulikan nasib orang lain.Apabila rugi
dalam perniagaan,mula menyalahkan orang lain.Walhal, dia terlupa bahawa kerugian yang
dialami itu disebabkan harta-harta itu ditarik balik oleh Yang Memberi Rezeki atas sebab
tidak membahagikan harta melalui zakat,sedekah dan amal jariah.

Jadi sibuk kumpul harta sebab sibuk-sibuk nak jadi kaya dan sibuk-sibuk mengejar dunia.
Maklumlah, dunia ini kebanyakan orang pandang harta.Jadi,dia pun sibuk-sibuk kumpul harta
sampai terlupa yang sebahagian hartanya itu diwajibkan untuk dibahagikan kepada golongan
miskin dan fakir.Dua puluh empat jam sibuk mengira harta,ingatlah bahawa kalau terjadi
perkara di luar jangkaan,duit itu tidak boleh membeli semua perkara.

Kita bukannya dilarang daripada mengumpul harta,tapi ada syarat-syaratnya yang perlu
kita taat sekiranya kita ada miliki harta.Ingat, bukan semua bahagian harta itu milik kita
semuanya,ada bahagian untuk kita, ada bahagian untuk zakat.Daripada sibuk-sibuk kumpul
harta,lebih baik luang masa pergi ke pejabat zakat,bukan banyak sangat pun bahagian harta
yang diwajibkan zakat.Berzakat tak akan jadikan kita orang miskin pun.

Sejak zaman penjajahan,kita disibukkan dengan perjuangan mendapatkan 
kemerdekaan.Semasa perang dunia,kita disibukkan dengan usaha menyelamatkan 
diri dan keluarga.Selepas perang,kita disibukkan dengan perjuangan membina 
semula semua yang musnah akibat perang.Apabila merdeka,kita disibukkan dengan 
membina negara.Selepas merdeka,kita disibukkan dengan politik,sibuk kumpul harta 
dan macam-macam lagi.

Perlu disedari bahawa kita sepatutnya sibuk dengan perkara yang berfaedah.Daripada sibuk
bercakaran sesama sendiri,lebih baik kita luang masa untuk berdamai sesama kita.Daripada
sibuk berhibur menyumbat muzik ke dalam telinga sampai tak ingat dunia,lebih baik kita luang
masa untuk cari ‘kesunyian’.Daripada sibuk kejar harta dunia sampai tak fikir kesusahan hidup
orang lain, lebih baik kita luang masa buat amal jariah.

Cukuplah sibuk-sibuk yang tak bawa manfaat itu.Kerana apabila anda tersedar nanti,anda
sudah kehilangan segala-galanya dalam keadaan anda tidak bersedia.

Kalau semasa zaman penjajahan dan selepas perang dunia,umat Islam sudah dikejutkan dengan
kejayaan Zionis membina negara haram di bumi Palestin.Itu adalah shocking sensation yang
dihempap ke atas kepala umat Islam akibat terlalu sibuk sampai tidak sedar akan segala
perancangan mereka.Itu yang berlaku pada lebih setengah abad lalu.

Dulu mereka telah berikan shocking sensation akibat kelalaian umat Islam.Kalau dulu mereka
boleh buat semacam itu,mereka pasti boleh buat sekali lagi yang jauh lebih mengejutkan kalau
kita terus sibuk dengan hal dunia sampai terlalai.

Mungkin kali ini mereka akan beri kejutan penuh sensasi pada ketika kita sedang sibuk
berpolitik, ketika kita sedang sibuk bercakaran sesama kita,pada ketika kita sedang sibuk
mencaci maki sesama kita,pada semasa kita sedang sibuk kejar harta,pada semasa kita
sedang sibuk berhibur sampai terlalai tak ingat dunia.

Mereka telah ambil peluang keemasan semasa perang dunia yang mereka cipta untuk kita.Mereka telah ambil peluang semasa kita sedang sibuk dengan penjajahan yang
mereka cipta untuk kita.Kali ini, mereka juga akan pasti ambil kesempatan semasa
kita sedang sibuk dengan mentaliti keduniaan yang juga mereka cipta untuk kita sehingga
kita saling bercakaran.

Jangan sibuk-sibuk.
Luang sedikit masa.

Sedarlah,
Anda sedang terlupa melakukan perkara rukun dalam hidup anda,
Lakukan segera ‘sujud sahwi’ dalam hidup anda apabila
anda telah tersedar daripada kelalaian dan kelupaan.

Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.

Apakah perkara rukun yang anda terlupa itu?
Kami tidak sediakan jawapan..

STALKER-
I’m stalking you.