Kehangatan bahang PRU 13 mulai dirasakan dimana mana sahaja dalam negara ini.Dimana
saja rakyat berkumpul pastinya topiknya tiada lain kecuali PRU13.Sesetengah negeri contohya
di Kelantan dan Terengganu perang poster dan bendera bagaikan satu pesta yang mewarnai
jajaran jalanraya di dua negeri ini.Walaupun negeri lain tak kurang hebatnya tapi kreativiti
dua negeri yang aku sebut tadi tiada bandingannya bab pasang bendera dan poster ini.Buat
masa ini sembang sembang pilihanraya hanya berkisar atas isu siapa calun calun yang bakal
diketengahkan oleh kedua belah pihak,kerajaan mahupun pembangkang untuk dipilih mewakili
mereka.

Aku tidak terkecuali…

Ianya mengimbau kembali kenangan aku bagaimana Zuraidah Mak Lampir terhegeh hegeh
mohondiberi peluang untuk mewakili Parlimen Ampang bila pertama kali menjejakan kakinya
suatu petang di Bukit Antarabangsa 5 tahun dahulu,Mak Lampir yang waktu itu tidaklah
“segarang” yang kita lihat hari ini dengan temberang kosongnya.

Bukit Antarabangsa dan Ampang adalah kubu kuat Umno sebelum dirobek oleh Zuraidah,
AzminAli dan Kossim dalam PRU12 lalu dengan pukulan 3-0.Maka bila pertama kali
berhadapan penduduk Bukit Antarabangsa dalam kempennya Zuraidah agak terketar ketar,
tidak tahu apa yangmenantinya.Aku yang kebetulan ada disitu telah mempermainkan Zuraidah dengan melekatkan sticker PKR disetiap baju kawan kawan Umno aku dan memberitahu dia
yang ramai penyokongPKR sedang menanti beliau dibawah pokok berhampiran kedai mamak (gambar atas).

Teruk Mak Lampir dipanggang oleh kawan kawan Umno aku (pakai sticker PKR) yang
ingin tahu apa visi dan misi beliau jika dipilih mewakili penduduk Ampang di parlimen kelak.
Ini lahpenilaian pertama aku tentang “keceluparan” Mak Lampir bila dia tanpa rasa syak
sedikitpun menghambur tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan tanpa mengetahui dia sedang
bersembang dengan penyokong penyokong tegar Umno.Kah kah kah…Hanya bila dah kerap
naik kesini berkempen baru dia sedar yang aku telah mengenakan dia dan sejak itu kami jadi
kawan dan sering bergurau bila berpeluang bertemu sehingga hari ini (masa tu aku belum lagi berblog).

Azmin Ali pula masa itu “calun elit PKR” jadi dia hanya memberi tumpuan diatas pentas
ceramah sahaja dan terus dengan ‘kesombongan” semulajadi dia dan amat kurang sekali berinteraksi secara santai dengan penduduk disini berbanding Mak Lampir.Walaupun
semuacalun PKR ini macam haramja kita semua tahu siapa yang dipilih oleh pengundi
Ampang danianya kini sudah menjadi sejarah angkara “Faktor Pak Lah”.

Malam keputusan diumumkan setiap ruang dalam satu satunya kedai mamak disini
(gambar atas) dipenuhi penduduk yang ingin berpesta menyambut kemenangan parti
yang mereka sokong.Masa itu aku tak pasti siapa menyokong siapa dikalangan penduduk
yang aku kenal tapi bila mendengar deruan sorakan gembira setiap kali “calun BN” tumbang,
maka isyaratnya amat jelas sekali.Apatahlagi 3 taruhan di Ampang ini disapu bersih oleh Azmin,
Zuraidah dan Khossim.

Malam itu satu persatu sahabat sahabat Umno aku meninggalkan kedai mamak itu walaupun
keputusan penuh belum lagi diketahui,mungkin atas faktor marah dan kecewa dan mungkin
jugaatas faktor malu.Tinggal lah aku dan beberapa kerat jentera parti yang terus disitu sehingga keputusan akhir diketahui hampir awal pagi.Kami lah penerima segala sindiran dan boo dari
penyokong penyokong pembangkang yang berpesta malam itu meraikan kemenangan mereka.
Akumasih ingat antara kata kata sindiran yang aku terima malam itu…

“Ooii! bukalah baju BN tu buat lapik kaki…”
“Baliklah ooii…dah kalah buat apa menyemak kat sini…”

Untuk tujuh hari seterusnya akulah satu satunya penyokong kerajaan disini yang terus
memakai baju Barisan Nasional siang dan malam dan terus menerima sindiran dari
penyokong Azmin Ali dan PKR.Kedai mamak yang sebelum ini menjadi “port” Umno kini
telah diambil alih keseluruhan oleh mereka dan setiap malam tidak kurang 30-40 orang PKR
akan berkumpul disitu sambil menyindir orang orang Umno (itupun kalau ada yang berani
melintas dihadapan mereka).

Kawan kawan Umno aku langsung tidak kelihatan disitu dan dikhabarkan terpaksa cari port
baru dikedai kedai mamak bersempadan dengan Bukit Antarabangsa saperti di Ukay Perdana
dan Taman Melawati.Jadilah aku satu satunya “Penyokong Umno” yang mempertahankan
“kubu” dikedaimamak itu walaupun terpaksa menghadapi sindiran mereka setiap hari.

Takdir Allah Taala maka terjadilah “Tragedi Tanah Runtuh 2008”.Itulah
masanya “Jentera Umno” bangkit membantu para mangsa dan penduduk
yang terjejas oleh tragedi ini dari awal subuh hari kejadian sehinggalah hari terakhir (17 hari semuanya) bila semua “kemah bantuan” diarah tutup oleh pihak berkuasa menandakan ops menyelamat tamat dan proses pemulihan kawasan dilakukan oleh kontraktor….dan AKU
adalah orang terakhir meninggalkan kemah bantuan kira kira jam 10:00 malam.

HIKMAH dari tragedi yang berlaku itu,aku sebagai salah seorang sukarelawan
yang mewakili Jentera Bantuan Umno telah berjaya menerapkan nilai nilai “perpaduan” dikalangan mangsa,ribuan penduduk yang terjejas dan sukarelawan dari parti parti Pas dan 
PKR akan peri pentingnya meletakan ideologi politik masing masing dibarisan paling belakang
dan bersatu dalammembantu mangsa mangsa yang terlibat.Alhamdulillah saranan aku itu
diterima pakai semua pihak yang terlibat dan selama hampir 2 minggu pihak pihak yang
bertelagah dalam PRU12 sembilan bulan sebelum tragedi,bekerjasama sebagai satu pasukan membantu penduduk yangterlibat dengan tragedi tanah runtuh itu.

Inilah BUDAYA PERPADUAN yang tercetus dikalangan penduduk Bukit Antarabangsa
berbagai “anutan politik” yang kekal hingga kehari ini.Hari ini jika anda berkesempatan
singgahdi warung warung kopi disini,anda akan lihat senario dimana penyokong Umno,Pas
dan PKRduduk semeja dan bertekak pasal politik parti masing masing,tapi akhirnya akan
ketawa terbahakbahak..sebagai sahabat.Senario yang tidak mungkin anda lihat ditempat lain….

BERSAMBUNG NANTI…

Ini bukti aku pemilih disini ya...

Nanti aku akan ceritakan apa yang terjadi akhirnya dengan puluhan penyokong PKR
yang berkampung dikedai mamak sejak mula menang 5 tahun dulu.Kemana mereka
menghilangdan apa dah jadi?

Bagaimana penyokong Umno kembali merampas kedai mamak (Dun InsyaAllah) dan
bagaimana Cravencafe yang baru beroperasi 3 tahun lalu juga menjadi “port Umno”?

Kenapa Azmin/Zuraidah cuma ada “4 kerat saja ahli PKR yang aktif” disini….

Kenapa Azmin Ali digelar “Wakil Rakyat Bunian”..?

Semuanya dipengakhiran imbasan ini kelak….